Windows 7 : Preview

win7desktopSeperti mana yang kita sedia maklum, Windows 7 merupakan sistem operasi (OS) terkini yang telah dilancarkn oleh Microsoft Corp pada 22 Oktober 2009. Bermula dengan kod nama “BlackBomb”, sistem operasi ini sepatutnya menjadi pengganti Windows XP yang telah lama berada di pasaran.Versi Windows terbaru ini dikatakan lebih mesra pengguna berbanding keluaran sebelumnya. Microsoft juga menekankan bahawa ia jauh lebih pantas.

Windows 7 dikeluarkan dengan beberapa edisi kepada pengguna – Windows 7 Home Basic, Windows 7 Home Premium, Windows 7 Professional, Windows 7 Enterprise dan Windows 7 Ultimate. Setiap versi mempunyai ciri-ciri dan kebolehan tertentu dan versi Home Premium, Professional, Ultimate sahaja akan berada di pasaran umum. Selebihnya disasarkan kepada pengguna korporat.

Ciri-ciri am Windows 7:theme

  1. Tema: skema warna dan latar belakang tema yang lebih menarik dah fokus kepada Windows “chrome
  2. Slideshow: latar belakang akan bertukar mengikut kehendak pengguna.
  3. Gajet : ia diperkenalkan pada Windows Vista, ditambah dengan Windows Media Center.
  4. Virtual PC beta : memperkenalkan kebolehan Windows untuk menampung sistem operasi lain didalan sistem operasinya.
  5. Taskbar : paparan “taskbar” diubah keseluruhannya bagi memudahkan pengguna.

Itulah serba sedikit ciri-ciri am Windows 7 yang ketara. Oleh kerana Windows 7 tidak memerlukan perkakasan berspesifikasi tinggi, komputer yang sedia ada memangnya mampu untuk dipasang dengan Windows 7. Entri selanjutnya akan membincangkan cara-cara pemasangan Windows 7.

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Tutorial Komputer, Informasi Semasa, Paparan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge