VirtualBox merupakan satu perisian yang dibangunkan oleh Innotek, sebuah syarikat perisian dari Jerman. Kini diambil alih oleh Sun Microsystems sebagai sebahagian platform Sun xVM. I dipasang pada sistem operasi sedia ada bagi membolehkan pemasangan sistem operasi tambahan secara maya. Dengan perisian ini, setiap sistem operasi maya yang juga dipanggil Guest OS boleh dipacu secara bersama dengan persekitaran sistem operasi itu sendiri.
Perisian ini amat sesuai bagi mereka yang ingin mencuba sistem operasi lain tanpa mengganggu sistem operasi sedia ada. Jadi, tidak perlu risau sebarang kemungkinan yang tidak diingini, seperti kehilangan data, kerosakkan pada sistem operasi atau terpaksa memformat komputer sedia ada.
Kelebihan utama VirtualBox
Pemasangan yang mudah: Pengguna tidak memerlukan kemahiran khusus untuk pemasang VirtualBox didalam sistem operasi.
Pelbagai platform: VirtualBox tersedia untuk semua sistem operasi utama – Windows, Linux dan Mac.
Percuma: Walaupun VirtualBox bukan perisian submer terbuka namun Sun Microsystems membenarkan ia digunakan tanpa sebarang bayaran.
Sandaran sepenuhnya: Dengan VirtualBox, sistem operasi yang dipasang dalam VirtualBox boleh disalin sepenuhnya dan diletak di sebarang mesin lain yang telah memasang VirtualBox malah platform lain seperti VM Player.
Cara Pemasangan:
Muat turun perisian VirtualBox DISINI dengan memilih sistem operasi yang anda gunakan. (pemasangan ini ditunjukkan bersama sistem operasi Windows)
Setelah perisian dimuat turun, lancarkan dengan klik pada tersebut. Paparan pemasangan akan muncul, klik “Next”

Bacalah perjanjian yang perlu diterima sebelum pemasangan dapat diteruskan. Klik “Next”

Konfigurasi umum VirtualBox akan dipaparkan, klik “Next” tanpa perlu sebarang perubahan.

Beberapa amaran akan terpapar semasa pemasangan, hanya perlu teruskan sahaja.


Hasilnya, anda telah memasang perisian ini didalam sistem operasi anda.

Anda telahpun bersedia untuk memasang sistem operasi tambahan dengan cara yang cukup mudah. Entri seterusnya akan membincangkan cara-cara memasang sistem operasi lain didalam VirtualBox
ini fungsinya buat apa ya?maklum ga ngerti
Fungsi virtual box ialah untuk memasang sistem operasi lain dalam komputer kita. Cth: jika saudara skrg menggunakan OS Windows 7 dan ingin mencuba OS ubuntu jadi hanya perlu install virtual box dan seterusnya install ubuntu menggunakan virtual box.
anjangman´s last [type] ..Cara Print Screen pada Mac