VirtualBox: Pemasangan dan Kelebihan

vboxVirtualBox merupakan satu perisian yang dibangunkan oleh Innotek, sebuah syarikat perisian dari Jerman. Kini diambil alih oleh Sun Microsystems sebagai sebahagian platform Sun xVM. I dipasang pada sistem operasi sedia ada bagi membolehkan pemasangan sistem operasi tambahan secara maya. Dengan perisian ini, setiap sistem operasi maya yang juga dipanggil Guest OS boleh dipacu secara bersama dengan persekitaran sistem operasi itu sendiri.

Perisian ini amat sesuai bagi mereka yang ingin mencuba sistem operasi lain tanpa mengganggu sistem operasi sedia ada. Jadi, tidak perlu risau sebarang kemungkinan yang tidak diingini, seperti kehilangan data, kerosakkan pada sistem operasi atau terpaksa memformat komputer sedia ada.

Kelebihan utama VirtualBox

Pemasangan yang mudah: Pengguna tidak memerlukan kemahiran khusus untuk pemasang VirtualBox didalam sistem operasi.

Pelbagai platform: VirtualBox tersedia untuk semua sistem operasi utama – Windows, Linux dan Mac.

Percuma: Walaupun VirtualBox bukan perisian submer terbuka namun Sun Microsystems membenarkan ia digunakan tanpa sebarang bayaran.

Sandaran sepenuhnya: Dengan VirtualBox, sistem operasi yang dipasang dalam VirtualBox boleh disalin sepenuhnya dan diletak di sebarang mesin lain yang telah memasang VirtualBox malah platform lain seperti VM Player.

Cara Pemasangan:

Muat turun perisian VirtualBox DISINI dengan memilih sistem operasi yang anda gunakan. (pemasangan ini ditunjukkan bersama sistem operasi Windows)

Setelah perisian dimuat turun, lancarkan dengan klik pada tersebut. Paparan pemasangan akan muncul, klik “Next”

start

Bacalah perjanjian yang perlu diterima sebelum pemasangan dapat diteruskan. Klik “Next”

accept

Konfigurasi umum VirtualBox akan dipaparkan, klik “Next” tanpa perlu sebarang perubahan.

custom

Beberapa amaran akan terpapar semasa pemasangan, hanya perlu teruskan sahaja.

warning

driver

Hasilnya, anda telah memasang perisian ini didalam sistem operasi anda.

virtualbox

Anda telahpun bersedia untuk memasang sistem operasi tambahan dengan cara yang cukup mudah. Entri seterusnya akan membincangkan cara-cara memasang sistem operasi lain didalam VirtualBox

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Tutorial Komputer and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to VirtualBox: Pemasangan dan Kelebihan

  1. avatar erma yunita says:

    ini fungsinya buat apa ya?maklum ga ngerti

    • avatar anjangman says:

      Fungsi virtual box ialah untuk memasang sistem operasi lain dalam komputer kita. Cth: jika saudara skrg menggunakan OS Windows 7 dan ingin mencuba OS ubuntu jadi hanya perlu install virtual box dan seterusnya install ubuntu menggunakan virtual box.
      anjangman´s last blog post ..Cara Print Screen pada Mac

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge