Ubuntu: Pengenalan

Ubuntu9Apa dia UBUNTU?

Ubuntu merupakan sebuah sistem operasi yang berasaskan Linux atau lebih tepat lagi menggunakan pengeluar Debian Linux. Secara mudahnya, Ubuntu adalah satu lagi pilihan selain dari Windows untuk digunakan bersama perkakasan komputer. Lebih menarik, Ubuntu berasaskan sumber terbuka dan bebas, maka ia boleh digunakan secara percuma tanpa sebarang bayaran ataupun lesen.

Sedikit sejarah mengenai Ubuntu.

Ubuntu mengambil nama sempena ideologi Afrika Selatan membawa maksud “kemanusiaan kepada semua”. Syarikat yang bertanggungjawab untuk pembangunan sistem ini ialah sebuah syarikat berpangkalan di UK Canonical Ltd dengan kerjasama Ubuntu Faundation. Syarikat ini dimilki oleh warganegara Afrika Selatan iaitu Mark Shuttleworth ( ketahui mengenai beliau disini – http://www.markshuttleworth.com/ ). Ubuntu juga mempunyai kitaran pembangunan selang 6 bulan sebelum versi terbaru lancarkan.

Pemasangan Ubuntu ke dalam perkakasan adalah sangat mudah dengan masa sekitar 25 minit. Ubuntu juga disertakan dengan pelbagai aplikasi sumber terbuka untuk memastikan Ubuntu sentiasa percuma. Pengguna Ubuntu masih boleh melakukan kerja-kerja harian seperti dokumentasi (OpenOffice), mendengar lagu (Rythmbox), melayari internet dengan Firefox – sama seperti pengguna Windows.

Selanjutnya, Anjung Web akan menulis tutorial dan tip-tip agar dapat dikongsi dengan pembaca yang ingin mengetahui serta menggunakan Ubuntu sebagai alternatif dalam membuat pilihan.

Kredit gambar : Ubuntu Wikipedia

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Tutorial Komputer, Freebies, Paparan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge