Ubuntu: Pemasangan Jam Wallpaper

Ok, pada mereka yang ingin tahu apakah dia Jam Wallpaper pada Ubuntu – Jam Wallpaper merupakan paparan waktu dan tarikh secara terus di paparan skrin wallpaper. Pemasangan aksesori untuk Ubuntu ini mudah dan cepat. Mari kita liha bagaimana untuk memasangnya.

1) Memasang Screenlets pada ubuntu anda.

Hanya perlu taip arahan dibawah pada terminal anda

sudo apt-get install screenlets

Siap langkah yang pertama

2) Muat turun Jam Wallpaper yang anda gemari disini

http://www.vladstudio.com/wallpaperclock/browse.php

Wallpaper yang dimuat turun ialah dalam format nama-fail.wcz yang mana anda perlu memasangnya kemudian

Contoh wallpaper

3) Lancarkan Jam Wallpaper dengan menggunakan Screenlets Manager

Sekarang pergi ke

Applications > Accessories > Screenlets

Satu pop-up akan muncul dan pilih “WallpapersClock”. Lancarkan screenlets tersebut dengan klik pada ikon yang tertera.

Satu ikon kecil akan tertera di paparan desktop anda. Klik kanan pada ikon tersebut dan pilih “Install Wallpaper Clock”. Navigasi ke arah nama-fail.wcz dan pilih fail tersebut.

4) Pilih wallpaper yang anda ingin

Setelah siap semuanya, apa yang anda perlu ialah klik kanan pada ikon “Clock Wallpaper” yang berada di desktop tadi. Pilih “Change Wallpaper Clock”, seterusnya navigasi kepada pilihan wallpaper yang telah dipasang tadi.

Anda telahpun siap semuanya. Sekarang Desktop anda akan memaparkan masa dan tarikh yang sepatutnya. Ingin mencuba?

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Tutorial Komputer, Freebies and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Ubuntu: Pemasangan Jam Wallpaper

  1. avatar zool says:

    Belum bersedia pakai ubuntu lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge