Entri kali ini akan membincangkan cara-cara untuk memasang sistem operasi Ubuntu ke dalam komputer. Versi terkini yang digunakan ialah Ubuntu 9.10, boleh dimuat turun DISINI. Antaramuka pemasangan Ubuntu adalah sangat mudah kerana kebanyakkan konfigurasi secara automatik.
Baiklah, mari kita lihat bagaimana pemasangan dapat dilakukan:
Setelah Ubuntu dimuat turun, fail tersebut biasanya dalam bentuk ISO. Kita perlu “burn” fail tersebut menggunakan perisian seperti Nero atau Roxio ke dalam CD agar menjadikan CD tersebut “bootable”. Pastikan BIOS diset dengan membenarkan boot menggunakan pemacu CD anda sebagai pilihan pertama.

Kemudian, anda akan lihat paparan Ubuntu dah pilihlah “Install Ubuntu”. Tunggu beberapa ketika sehingga paparan utama pemasangan muncul.

Pilih bahasa pilihan anda dan terus klik butang “forward”.

Pilih zon masa yang sesuai mengikut tempat anda berada dan teruskan. (Erm.. Malaysia la kot)

Pilihan papan kekunci, bagi Malaysia, kebanyakkan papan kekunci adalah mengikut konfigurasi “USA” tetapi pilihlah konfigurasi yang betul-betul memenuhi perkakasan anda.

Seterusnya, ruang cakera keras anda. Dalam tutorial ini, konfigurasi asas digunakan dengan menggunakan keseluruhan cakera keras. Pilihan kedua adalah untuk mengguna mahir yang akan dijelaskan pada entri akan datang.

Isi butiran diri dan kata laluan untuk sistem operasi ini.

Setelah semua selesai, paparan akhir akan muncul dan pastikan anda telah membuat konfigurasi yang betul. Kemudian klik butang “Install”. Biarkan pemasangan berjalan hingga selesai.


Akhir, sistem operasi ini perlu untuk “Restart” dan anda telahpun selesai dengan pemasangan Ubuntu 9.10.

Setelah semua selesai, paparan log masuk utama akan muncul. Gunakan kata laluan anda semasa pemasangan tadi dan anda boleh menggunakan sekarang.

Cukup mudah bukan. Selamat mencuba!
Entri akan datang akan membincangkan perisian yang ada di dalam sistem operasi Ubuntu ini dah cara-cara penggunaannya.
Pingback: Memasang Ubuntu didalam Windows dengan Wubi | Sumber Terbuka Dot Net
Oke artikelnya sangat berguna…Oya sobat berkunjung dong ke blog aku dan kasih komentarnya ya.. aku tunggu lohhh