Ubuntu: Konfigurasi Rangkaian

Setelah mengetahui konfigurasi asas Ubuntu, sudah pasti kita ingin mendalami konfigurasi tersebut. Dalam entri ini, kita akan lihat bagaimana konfigurasi rangkaian secara menyeluruh.

Pada asasnya, konfigurasi rangkaian di dalam Ubuntu dilakukan ketika pemasangan Ubuntu. Namun, mungkin kita perlu membuat perubahan kerana pertukaran alamat IP atau sering bertukar tempat.

Konfigurasi Grafik:

Ubuntu didatangkan dengan perisian rangkaian NetworkManager (versi semasa ialah 0.7.996).

Anda boleh melihat ikon NetworkManager di penjuru atas kanan paparan antaramuka Ubuntu. Untuk konfigurasi secara manual, klik kanan pada ikon tersebut dan pilih “Edit Connections”. Ada beberapa menu tab tetapi fokus adalah pada “Wired” dan “Wireless”. Jika rangkaian anda sudah mempunyai pelayan DHCP, tiada configurasi tambahan diperlukan. Tetapi kita juga boleh membuat konfigurasi secara manual dengan memilih sambungan rangkaian anda.

Pilih “Wired” jika sambungan rangkaian menggunakan kabel dan sebaliknya. Kemudian klik pada butang “Edit”.

Setelah itu, pilih “Manual” bagi metod sambungan anda dan klik “Add”. Isi dengan alamat IP yang anda inginkan serta pelayan DNS yang sepatutnya.Cukup mudah bukan? Konfigurasi ini adalah sama bagi sambungan tanpa wayar.

Ubuntu juga membolehkan kita membuat konfigurasi rangkaian dengan menggunakan CLI ( command line interface ). Cara yang cukup mudah dan cepat.

Apa yang perlu dilakukan ialah dengan membuka terminal – Application >> Accessories >> Terminal . Anda perlu edit fail konfigurasi untuk rangkaian anda.

sudo vi /etc/network/interfaces

*gantikan eth0 dengan nama kad rangkaian yang sepatutnya

** tukar alamat IP dengan alamat IP anda.

# The primary network interface

auto eth0
iface eth0 inet static
address 192.168.0.10
gateway 192.168.0.1
netmask 255.255.255.0
network 192.168.0.0
broadcast 192.168.0.255

Selepas itu, servis rangkaian ubuntu anda perlu “restart” dengan arahan dibawah

sudo /etc/init.d/networking restart

Bagi memastikan server DNS anda bersesuaian dengan kunfigurasi dan memastikan DNS dapat menyelesaikan alamat internet, fail /etc/resolv.conf perlu di edit:

sudo vi /etc/resolv.conf

masukkkan alamat IP server DNS (biasanya diberikan oleh ISP)

search test.com
nameserver 192.168.0.2

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Tutorial Komputer and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge