Ubuntu: Konfigurasi DNS

DNS ialah Domain Name Service. Server DNS berfungsi untuk menukar nama domain kepada alamat IP dan sebaliknya. DNS adalah amat penting untuk penggunaan internet masakini. Bagi Ubuntu, untuk membina pelayan DNS adalah mudah dan bersifat straight forwart, membolehkan kita membuat konfigurasi dengan cepat. Pelayan DNS yang ada dalam repositori Ubuntu ialah BIND9. Mari lihat bagaimana untuk memasang perisian ini:

Memasang BIND pada Ubuntu

BIND tidak didatangkan bersama pakej Ubuntu secara default. Jadi, sebelum membuat konfigurasi BIND perlu dipasang terlebih dahulu

sudo apt-get install bind9 dnsutils

Dengan menaip arahan tersebut di terminal, ia akan memasang perisian BIND dan pakej lain yang diperlukan.

Konfigurasi BIND

Kita akan meletakkan zon ke dalam konfigurasi ini, edit fail named.conf.local

sudo vim /etc/bind/named.conf.local

Letakkan kod dibawah didalam fail yang telah dibuka tadi.

# Ruangan definisi zon, tukar anjungweb.com dengan nama domain anda

zone “anjungweb.com” {
type master;
file “/etc/bind/zones/example.com.db”;
};

# Ruangan definisi zon bagi reverse DNS. Tukar 0.168.192 dengan alamat IP anda secara terbalik contohnya IP ini ialah 192.168.0

zone “0.168.192.in-addr.arpa” {
type master;
file “/etc/bind/zones/rev.0.168.192.in-addr.arpa”;
};

Sekarang, kita perlu edit fail named.conf.options

sudo vim /etc/bind/named.conf.options

Tukar IP forwarder dengan IP pelayan DNS untuk ISP anda. Ia akan mencapai pelayan tersebut untuk sebarang permintaan proses.

forwarders {
# Tukar alamat IP dibawah dengan alamat pelayan DNS bagi ISP
192.168.0.1;
};

Isi fail definisi zon (tular anjungweb.com dengan nama domain anda)

sudo mkdir /etc/bind/zones

sudo vim /etc/zimes/anjungweb.com.db

Fail definisi zon inilah tempat untuk meletakkan semua alamat / nama agar dapat diselesaikan oleh pelayan DNS. Contoh fail zon seperti dibawah

anjungweb.com. IN SOA ns1.anjungweb.com. admin.anjungweb.com. (

// jangan ubah data dibawah

2007031001

28800

3600

604800

38400

)

// Tukar nama dibawah mengikut kesesuaian:

// ns1 = nama pelayan DNS

// mail = nama pelayan email

// anjungweb.com = nama domain

anjungweb.com. IN NS ns1.anjungweb.com.

anjungweb.com. IN MX 10 mail.anjungweb.com.

// Tukar alamat IP dibawah dengan IP yang sepatutnya.

www IN A 192.168.0.2

mta IN A 192.168.0.3

ns1 IN A 192.168.0.1

Membina fail zon Reverse DNS

Buka fail dibawah dan edit

sudo vi /etc/bind/zones/rev.0.168.192.in-addr.arpa

hanya perlu salin dan tampal semua kod dibawah

//tukar anjungweb.com dengan nama domain andan ns1 dengan pelayan DNS

// Nombor sebelum IN PTR anjungweb.com ialah alamat mesin untuk pelayan DNS

@ IN SOA ns1.anjungweb.com. admin.anjungweb.com. (

2007031001;

28800;

604800;

604800;

86400

)

IN NS ns1.anjungweb.com.

1 IN PTR anjungweb.com

Sekarang, kita perlu restart BIND dengan arahan berikut

sudo /etc/init.d/bind9 restart

Menguji Server DNS

Akhir sekali, ubah fail resolv.conf dengan konfigurasi berikut

sudo vim  /etc/resolv.conf

Masukkan data dibawah dan simpan fail tersebut

search anjungweb.com

nameserver 192.168.0.1

Uji dengan menggunakan arahan berikut

dig anjungweb.com

Kita sudahpun mempunyai server DNS sendiri. Selamat mencuba.

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Tutorial Komputer and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Ubuntu: Konfigurasi DNS

  1. avatar Hanif says:

    Salam..

    tulisan yang menarik dan masih banyak perlu diperbaiki tutorial ni agar mudah difahami dan tidak mendatangkan kekeliruan kepada pelawat yang ingin pelajari mengenai DNS.

  2. avatar lazaac says:

    ni mcm nak wat server sendiri ker ni..?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge