Entri sebelum ini telah menerangkan serba sedikit mengenai pemasangan Ubuntu pada PC anda (rujuk DISINI). Jadi, sudah pasti sedikit konfigurasi diperlukan agar sistem operasi ini berfungsi sepertimana keselesaan kita. Sebelum itu, ingin dijelaskan bahawa konfigurasi ubuntu sememangnya automatik tanpa perlu pengetahuan yang mendalam mengenai Ubuntu mahupun Linux.
Seperti kebiasaan, sudah pasti kita sebagai pengguna mahu sedikit “tweak” dan perkara pertama adalah memastikan papan kekunci serta tetikus berfungsi dengan baik. Konfigurasi ini boleh dibuka di
System >> Preferences >> Keyboard ( bukan Keyboard Shortcuts ).

Mungkin anda juga ingin mengubah komfigurasi tetikus agar sama dengan prestasi serta halaju klik yang menjadi kebiasaan. anda boleh membuka konfigurasi tersebut di
System >> Preferences >> Mouse

Perkara berikutnya yang selalu menjadi pilihan pengguna ialah paparan grafik. Ubuntu akan memaparkan resolusi skrin asas selepas pemasangan (biasanya pada 800 x 600 ), mungkin paparan huruf dan ikon terlalu besar atau kabur. Untuk mengubah konfigurasi tersebut, klik di
System >> Preferences >> Display
Oleh kerana Ubuntu merupakan perisian percuma dan berasaskan sumber terbuka, pemacu grafik kadang kala merupakan perisian pemilikan. Untuk memasang perisian pemilikan, Ubuntu anda perlu mempunyai capaian Internet. Ini perlu kerana perisian pemacu yang baru akan dimuat turun sebagai pengganti perisian percuma yang sedia ada. Klik pada
System >> Administration >> Hardware >> Drivers
Pilih pemacu grafik yang sesuai ( pilih pemacu yang bertanda “Recommended” ) dan anda mungkin perlu reboot selepas memasangnya

Suara. Dalam Ubuntu, kelantangan audio bole ditukar dengan hanya perlu klik pada ikon speaker yang berada pada pepenjuru kanan skrin tanpa sebarang konfigurasi lain. Cukup mudah. Untuk melihat fungsi lain, klik pada ikon tersebut dah pilih paparan “Preferences”.
Pada era ini, sudah pasti kita mahu PC boleh berada di talian secepat dan semudah mungkin. Bagi pengguna tanpa wayar, klik pada ikon rangkaian di penjuru kanan skrin dan pilih siaran anda dan masukkan kata laluan yang sepatutnya ( kebiasaannya, Ubuntu sudahpun mengesan perlindungan tanpa wayar secara automatik seperti WEP atau WPA ). Konfigurasi denga wayar pula adalah jauh lebih mudah, “plug and play” jika sambungan anda mempunyai pelayan DHCP. JIka tidak, statik IP diperlukan. Hanya perlu klik kanan pada ikon Network dan pilih Edit Connections.

Berikut merupakan konfigurasi asas pengguna Ubuntu yang baru berjinak-jinak dengan sistem operasi ini. Dalam tutorial selanjutnya, penerangan yang lebih mendalam akan dijelaskan. Selamat menggunakan Ubuntu !