Entri ini merupakan sambungan dari tutorial sebelum ini – Tutorial WordPress – Siri 1 – dan akan membincangkang bagaimana memasang WordPress didalam pengurus hosting yang biasa disediakan oleh pengendali hosting iaitu CPanel dan DirectAdmin. Setiap pengurus hosting ada kelebihan masing-masing dan bergantung kepada citarasa pengguna. Tujuan perisian pengurus hosting adalah sama sahaja dan tidak perlu risau jika ia tidak sama diantara pembekal hosting.
Memasang WordPress dengan CPanel Fantastico
Kebiasaannya, CPanel akan didatangkan dengan Fantastico De Lexu sebagai aplikasi untuk memasang perisian didalam hosting kita. Ia akan mempercepatkan proses pemasangan WordPress kerana tidak perlu muat naik fail, konfigurasi mudah dan pangkalan data MySQL dibina secara automatik. Seperti biasa, setelah lok masuk kedalam hosting CPanel, cari butang Fantastico De Luxe dan klik ikon tersebut:
Paparan Fantastico De Luxe akan muncul seperti imej dibawah. Pilih pemasangan WordPress dan klik pada “New Installation”.
Isi maklumat yang sepatutnya, pastikan anda ingat log masuk pengguna dan kata laluan disini. Ia adalah untuk log masuk ke dalam aplikasi WordPress yang telah dipasang nanti. Setelah semua siap, klik butang “Insall WordPress”.
Pangkalan data MySQL akan dibina secara automatik. Teruskan dengan butang “Finish Installation”.
Tahniah, anda telahpun siap memasang WordPress. Masukkan email utama anda untuk notifikasi pemasangan anda.
Contoh pemasangan yang telah siap.
Memasang WordPress dengang DirectAdmin Installatron
Aplikasi Installatron juga merupakan aplikasi yang hampir sama seperti Fantastico De Luxe. Ia mampu untuk memasang WordPress secara mudah ke dalam hosting yang telah kita beli dan kebiasaanya didatangkan dengan pengurus DirectAdmin. Untuk bermula, log masuk ke dalam akaun DirectAdmin anda dan klik pada pautan Installatron.
Kemudian, paparan Installatron akan muncul dan pilih WordPress.
Klik butang “Next” untuk memulakan pemasangan WordPress
Masukkan lokasi pemasangan, pilihan domain (jika anda ada lebih dari satu domain atau subdomain) konfigurasi asas anda dan teruskan
Klik “Next” apabila anda telah memilh versi WordPress, bergantung kepada tema dan plugin yang anda pilih. Ini kerana tema dan plugin berkemungkinan tidak sesuai dengan versi yang dipilih. Terima “License Agrement” yang dipaparkan untuk meneruskan pemasangan.
Anda boleh memliih konfigurasi secara automatik bagi pangkalan data MySQL atau membuat konfigurasi sendiri. Klik “Next” untuk teruskan.
Setelah semua konfigurasi siap, teruskan dengan butang “Submit” untuk memasang WordPress.
Tahniah! Pemasangan telahpun siap dan klik butang “Complete”
Untuk memastikan pemasangan telah dilakukan dengan betul, hanya perlu buka alamat web yang ditetapkan bersama pemasangan ini.
Contoh paparan WordPress yang telah siap
Memasang WordPress secara manual.
Jika anda mahukan pemasangan WordPress secara manual – muat naik fail, konfigurasi pangkalan data, konfigurasi WordPress – kerana anda mahu lebih memahami WordPress dengan lebih mendalam. Tiada rujukan yang lebih baik dari laman web WordPress.org. Ini kerana mereka telahpun menyediakan satu tutorial yang cukup lengkap bagi menyediakan kita dengan pemasangan WordPress ini.
Oleh itu, anda boleh merujuk kepada pautan tersebut ( Install WordPress ) untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Selamat mencuba!
Entri seterusnya akan mebincangkan serba sedikit cara penggunaan WordPress dan bagaimana membuat entri.
SIRI TUTORIAL:
Tutorial WordPress – Siri 1
Tutorial WordPress – Siri 2














nice tutorial,
aku jarang guna direct admin, selalu guna cpanel je
samalah, directadmin ni tak banyak digunakan oleh hosting provider kat malaysia ni
alhamdulillah..terima ksh atas tunjuk ajar tersebut
.-= suri´s last blog ..Tips Kulit Cantik & Sihat =-.
sekadar berkongsi maklumat je..
Salam singgah.
Good job! Walaupun saya tidak berap suka guna Fantastico atas sebab-sebab peribadi namun tutorial ini adalah bagus. Teruskan usaha!
.-= RozaniGhani´s last blog ..Cara Exit XAMPP WordPress Offline =-.
@RozaniGhani, Haha.. Tengkiu tengkiu
Boleh gulung tikar la pembuat ebook blog WP
@imran, err.. tak kot
, entri kat sini simple je
Cpanel saja yang aku biasa guna..
@Mus, Cpanel pun dah cukup sebenarnya.
menarik… pe kate wat tutorial cam mne nk upgrade wordpress… dari yg lame ke baru
@Bro Framestone,
boleh tu bro, cuma entri pendek je la sebab upgrade wordpress in dah auto
Salam AW, minta semakan utk topik aku ni.. hu hu hu.. kalau ada salah, sila btulkan..
@AkuTypo™, Salam.. Bro, aku tak expert pun, sama-samalah kita semak.. (entri aku ni pun mungkin tak brapa tepat)
Aku ni ketinggalan sikit.. aku cuma tau pasal CPanel jer.. he he
Thanks ..
@zoul, Takpe bro, aku pun tak sket2 je.. haha
aku biasa guna cpanel jer, tak tau pulak ada direct admin tu….
, btw nice info
@etomyam, samalah, itu pun baru tau sebab terjumpa masa googling..
ada beza ke pakai cpanel ngan direct admin bro? dan aku ada terbaca orang cakap direct admin susah nak handle banding dengan cpanel. betu ke?
@zaiMi, ada gak beza dia. nak cakap susah nak handle tu.. tak pasti la bro, sebab ada kelebihan masing-masing.
aku xpnah guna direct admin.. dah terbiasa gn cpanel je..
@Amir, mcm nie.. kalau pakai CPanel memang la sedap sebab GUI interface memang power tapi “berat sket”… kalau pakai directadmin, laju dan didakwa lagi secure berbanding dengan CPanel.. jarang hosting provider bagik DirectAdmin, diorang baik CPanel biasanya.. senang nak handle.. tapi bagi aku, aku lagi suka pakai directadmin