Entri ini akan menerangkan mengenai WordPress bermula dari pemasangan sehingga boleh membuat entri untuk paparan umum. Ini kerana ada pembaca blog ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan wordpress. Sebelum itu mari kita berkenalan dan mengetahui serba sedikit apa itu WordPress.
WordPress merupakan aplikasi penerbitan blog berasaskan berasaskan sumber terbuka dan dijana oleh PHP dan pangkalan data MySQL yang mana juga digunakan sebagai pengurusan kandungan. Ia mempunyai banyak fungsi termasuk carta alir kerja, senibina berasaskan plugin dan sistem tema. Ia digunakan lebih dari 2% laman web terkemuka, WordPress merupakan perisian blog paling popular. (link)
Sedikit kelebihan utama WordPress yang menjadikan perisian ini pilihan utama para blogger
1) Multi platform – Oleh kerana WordPress dijana oleh Apache dan MySQL, maka ia boleh dipasang hampir dimana sahaja. Komputer sendiri sehingga pengendali hosting
2) Mudah dan cepat – Memasang WordPress cukup pantas dan cara penggunaan yang sangat simple.
3) Penggunaan yang luas – Cara menggunakan WordPress adalah mengikut imaginasi pengendali blog, dari blog persendirian, photoblog, majalah malah boleh dijadikan media pengiklanan. Ditambah pula dengan rekabentuk plugin, yang mana fungsi WordPress boleh dikembangkan mengikut citarasa pemilik blog.
4) Komuniti pengguna – WordPress adalah sumber terbuka. Jadi, sebarang masalah dan penambahbaikkan dikongsi oleh ramai orang diseluruh dunia.
Dimana mahu bermula?
Bagi blogger yang ingin memahami cara penggunaan perisian WordPress, boleh mendaftar di WordPress.com atau memasang secara persendirian didalam komputer sendiri. Dengan menggunakan WordPress.com, blog telahpun tersedia dengan perisian WordPress tanpa perlu sebarang muat turun, pemasangan mahupun konfigurasi terhadap perisian tersebut. Kelebihan tambahan WordPress.com ialah – jika pengendali blog mahu bertukar kepada hosting persendirian, hanya perlu membuat fail sandaran dan bertukar kepada hosting tersebut. Ringkas dan mudah.
Membina hosting sendiri?
Baiklah, untuk memulakan hosting sendiri bersama WordPress, ada 4 perkara utama yang perlu ada
1) Membuat carian dan membeli nama domain.
Langkah pertama ini merupakan langkah paling kritikal dalam berblog. Ini kerana mana domain ini akan mewakili sifat dan gambaran tentang blog tersebut. Perlu di ingatkan bahawa nama domain menggunakan kaedah “sewa” dimana kita perlu memperbaharui nama domain tersebut mengikut tahun sewaan. Harga pasaran nama domain ialah sekitar RM 30 hingga RM 50 setahun, bergantung kepada pendaftar nama domain yang kita pilih.
2) Memilih rumah untuk blog.
Sepertimana yang telah diterangkan pada entri sebelum ini – 4 Perkara yang perlu diketahui sebelum membeli Hosting – memilih pembekal hosting juga penting untuk mengelakkan sebarang masalah. Berikut merupakan contoh pembekal hosting yang juga menjadi pilihan penulis
3) Berjinak-jinak dengan FTP
FTP membolehkan kita memindahkan fail perisian WordPress atau lain fail yang diperlukan ke dalam hosting yang telah dipilih tadi. Dengan penggunakan perisian seperti FileZilla, memindahkan fail yang diperluakan adalah semudah drag and drop. Anda boleh melihat pelbagai perisian FTP lain serta cara penggunaanya.
4) Memasang WordPress
Pada masa ini, anda sepatutnya telah membuat beberapa perkara dan mari kita lihat checklist
- Membeli nama domain
- Sewa servis hosting
- Mendapat akaun FTP dari hosting anda
- Boleh menggunakan perisian FTP seperti FileZilla
Banyak pembekal hosting memberikan menawarkan pemasangan mudah untuk WordPress ( CPanel mahupun DirectAdmin ). Jadi, kita boleh terus memasang WordPress dengan beberapa klik mudah. CPanel dang DirecAdmin merupakan perisian untuk menguruskan tapak hosting yang telah disewa.
Entri berikutnya akan menerangkan bagaimana memasang WordPress menggunakan CPanel dan DirectAdmin.
SIRI TUTORIAL:
Tutorial WordPress – Siri 1
Tutorial WordPress – Siri 2



nice tutorial. keep it up. wordpress da best..
@Amir, thanks bro. datanglah sini selalu… haha
memang bagus penerangan ni, wordpress dunia sebenar blogging anda…ceewaaah.
@etomyam, memang sokonglah. sapa minat blogging mesti pakai wordpress.
walaupun baru guna tak sampai 3 bulan…very the satisfied….highly recomended..
syabas bro, rajin buat tutorial…
@ahmadyusrie, taklah rajin pun, tutorial ni pun rasanya ramai tau dah
aku suka wordpress sebab banyak plugin yang boleh diguna kat blog. tunggu pilih dan pasang je. hehe
@zaiMi, itu kelebihan wordpress, pilih ikut kesesuaian. takde la pening2
WordPress friendly user..
@zik, ya betul3.
Memang menarik apabila anda telah terpikat dengan WP
@imran, memang menarik. Tak tau sangat pasal web pun bole buat
wordpress is fun =)
@kenwooi, yes, indeed