SPAM? Rasanya tak perlu diterangkan lagi mengenainya..
Ia sentiasa berlaku akibat dari penyalahgunaan alamat email dan juga terjadi pada bahagian komen blog. Untuk WordPress, ada satu langkah mudah mengelakkan SPAM autobot yang menyerang pemilik blog berasaskan WordPress. Ini memastikan komen yang dihantar adalah dari manusia yang perlu menaip secara manual dan bukan dari autobot.
Mari kita lihat cara mudah untuk mengelakkan SPAM autobot yang dibenci.
1) Pasang plugin tapisan SPAM.
Ramai pemilik laman blog berasaskan WordPress memang mengenali Akismet. Ia merupakan penapis SPAM secara automatik yang memilih komen pelik atau kelihatan seperti SPAM. Tetapi, kadang kala komen yang sebenar juga termasuk ke dalam kotak SPAM. Ada plugin tambahan yang boleh membantu mengurangkan masalah SPAM ini iaitu:
i – Math Comment Spam Protection
ii – SI CAPTCHA Anti-Spam
Pasang salah satu plugin tersebut pada WordPress dan aktifkan.
2) Konfigurasi
Tambahkan kod konfigurasi di bahagian comments.php. Pastikan anda meletakkan kod tersebut selepas kotak URL pada komen.
Math Comment
<?php
if ( function_exists('math_comment_spam_protection') )
{ $mcsp_info = math_comment_spam_protection(); ?>
<p><input type="text" name="mcspvalue" id="mcspvalue" value="" size="22" tabindex="4" />
<label for="mcspvalue"><small>
Spam protection: Sum of <?php echo $mcsp_info['operand1'] . ' + ' . $mcsp_info['operand2'] . ' ?' ?>
</small></label>
<input type="hidden" name="mcspinfo" value="<?php echo $mcsp_info['result']; ?>" />
</p>
<?php } ?>
SI CAPTCHA Anti-Spam
<?php do_action('comment_form', $post->ID); ?>
Itu sahaja yang diperlukan untuk mengurangkan spam pada blog anda. Selamat mencuba…
aku pun hangin dgn spam ni.. sehari tingal berpuluh masuk.. thanx utk tip ni.. hehe leh try pasang ^_^
mr.pingu´s last [type] ..tempat utk bersukan di Terengganu?
Pingback: Cara Mengelak Spam | my.Mustaffa
Bagus info ni. Sejak guna plugin do follow, makin banyak SPAM masuk. huhu
erm tak pasang plugin captcha …mungkin itu berkesan ..sebab ada banyak sangat orang guna software robot hantar comment..dia punya ayat sama je…
.-= zik´s last blog ..Pilih IPTS yang diiktiraf MQA. =-.