Google Chrome OS : Pemasangan bersama VirtualBox

Google Chrome OS masih belum dapat dikeluarkan sebagai satu sistem operasi penuh yang boleh dipasang pada perkakasan. Namun, VM imej ( imej maya )bagi sistem operasi ini telah berlegar di internet untuk dicuba. Anda bole memuat turun imej ini di lamanĀ  web torrent DISINI. Imej ini adalah dalam bentuk .bz2 dan perlu diekstrak bersama persian WinRAR jika memggunakan Windows.

Anjung Web telah mengambil kesempatan ini untuk memuat turun dan mencubanya dengan menggunakan VirtualBox. Baiklah, mari kita lihat cara-cara pemasangan Google Chrome OS ini:

Lancarkan perisian VirtualBox yang telah dipasang dalam komputer dan bina persekitaran baru untuk Google Chrome OS yang baru dimuat turun tadi.

start

next

Berikan nama (pilihan anda sendiri) untuk persekitaran sistem operasi baru ini. Pilih “Linux” dan “Ubuntu” bagi versi Sistem Operasi.

selectOS

Pilih berapa banyak memori yang ingin diperuntukkan kepada Google Chrome OS bergantung kepada memori pada perkakasan anda, kebiasaannya satu per empat dari keseluruhan memori tersedia. (Tutorial in meletakkan 512 MB)

RAM

Pilih “Use existing hard disk” dan klik pada ikon folder. Pilih imej tersebut dan teruskan.

selectImage

Klik pada butang “Add” untuk meletakkan imej. Pastikan anda ingat dimana fail imej yang telah diekstrak tadi.

selectimageOS

Setelah selesai, imej terebut akan dipaparkan dan teruskan dengan butang “Select”.

selecthddnext

Akhirnya, semua konfigurasi telahpun siap. Anda boleh klik “Finish” dan seterusnya melancarkan sistem operasi Google Chrome OS.

finish

startOS

Paparan asas antaramuka log masuk ke sistem operasi ini serta pastikan anda mempunyai akaun Google dan sambungan internet untuk verifikasi akaun anda.

chromeOS01

Tahniah. Semua konfigurasi telah siap sistem operasi ini berjaya dilancarkan. Kitra bolehlah menguji sistem operasi baru ini serta aplikasi yang terdapat didalamnya.

chromeOSfeature

chromeOS02

Mungkin satu masalah… Tiada butang untuk “Shutdown” sistem ini !

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Tutorial Komputer and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge