GIMP: Membina “Watermark” Cara Mudah.

Ramai yang melihat bagaimana imej dan gambar di dalam laman web serta blog mempunyai apa yang dikatakan watermark sebagai penanda bagi mengelakkan gambar tersebut diambil tanpa izin atau membantu pengunjung mengenali laman web kita. Pada entri sebelum ini – Ubuntu: GIMP Editor , memperkenalkan perisian GIMP yang telah tersedia bersama pemasangan Ubuntu.

GIMP pada asasnya merupakan imej editor yang agak ringkas tetapi ia dibina dengan membolehkan pengguna menambah apa yang dikatakan sebagai script. Untuk memudahkan pengguna, ada script yang telah dihasilkan untuk membina watermark.

Muat turun skrip tersebut di http://registry.gimp.org/ dan kemudian letakkan fail tadi di dalam folder dibawah:

/home/”pengguna”/.gimp2.6/scripts

* gantikan “pengguna” dengan nama pengguna sistem.

Selepas itu, larikan perisian GIMP dan buka satu fail imej sebagai contoh. Kemudian dari Menu GIMP

Menu >> Script-Fu >> Myscripts >> Watermark

Tetingkap baru akan dibuka dan isi alamat web atau blog anda mengikut kesesuaian. Anda juga boleh memilih jenis tulisan, serta saiz yang anda suka. Klik OK setelah selesai.

Sekarang imej tadi telah diletakkan watermark. Mudah dan ringkas.

Selamat mencuba.

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Tutorial Komputer and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge