Semasa membuat maintenance pada blog ini, didapati penggunaan bandwidth laman ini meningkat cukup tinggi… sedikit gembira kerana menyangka pengunjung semakin ramai. Tetapi setelah membuat sedikit semakan, muncul image hotlinking dari luar yang memakan bandwidth hosting. (Dahla bayar hosting sendiri, imej kena curi, bandwidth pula digunakan orang lain ….. )
Jadi, setelah membuat sedikit carian di google, dan mendapatkan maklumat yang sepatutnya, terjumpa dengan cara-cara untuk menyelesaikan masalah ini. Ada 2 cara untuk mengelakkan perkara ini berlaku, iaitu dengan menggunakan plugin atau membuat modifikasi terhadap fail .htaccess yang tredapat dalam pemasangan wordpress anda.
Dengan plugin.
Terdapat beberapa plugin yang boleh digunakan untuk menyekat kecurian bandwidth hosting akibat dari image hotlinking ini. Lihat senarai dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut:
1) WordPress Automatic Image Hotlink Protection – DISINI
2) WP-CopyRightPro – DISINI
Dua plugin tersebut mampu mengelakkan imej dicuri dan hotlinking dilakukan terhadap imej.
Dengan modifikasi .htaccess
Sedikit modifikasi .htaccess, setiap imej yang mempunyai hotlinking boleh ditukar kepada imej asas yang ditetapkan oleh mengendali laman web / blog. Berikut merupakan cara bagaimana kod itu boleh diletakkan pada fail.htaccess.
RewriteEngine On
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http://(.+\.)?anjungweb\.com/ [NC]
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^$
RewriteRule .*\.(jpe?g|gif|bmp|png|jpg)$ /images/hotlink.jpe [L]
Tukarkan anjungweb.com dengan nama domain anda dan hotlink.jpe dengan imej yang anda inginkan. Sebagai contoh, anjungweb.com mempunyai imej seperti dibawah jika ada hotlinking dari pihak lain.
Bonus:
Dengan menggunakan laman web berikut, .htaccess kod boleh dijana dengan mudah
http://www.htaccesstools.com/hotlink-protection/
Jadi, tiada lagi penggunaan bandwidth yang tidak sepatutnya oleh orang yang tak bertanggungjawab. Cukup mudah bukan?
Adakah anda mempunyai penyelesaian yang lain? Kongsikan bersama kami…

wah! terima kasih atas infonya
Daus´s last [type] ..Cara letak sudu dan garfu lepas makan
thanks bro. bandwidth asek melambung jer tgh2 bulan.padahal traffic tu ciput jer
.-= jack´s last blog ..Anda dan Matahari- 10 Soalan Terbakar =-.
ada lagi aku tak paham apa beza bandwith dengan disk space usage ek?
kalau macam upload gambar tu die guna bandwith or diskspace?
aku agak keliru lah bro~tunuk ajar sikit
email ke di nizam6281@gmai(dot)com
@nizam6281,
Bro,
Disk usage = kapasiti data yang boleh ada dalam hosting tu. (tempat letak fail)
Bandwidth usage = nilai bandwidth yang digunakan untuk upload dan download data tu termasuk penggunaan FTP kat hosting kita. (bole kira macam lauan untuk data transfer )
Upload gambar kat hosting dua2 guna bro.
err aku kurang paham ape itu image hotlinking serta bandwith dicuri tapi ape2 pon aku install saje lahh heee buat keselamatan
@nizam6281,
haha… takpe bro, itu nak elak bandwidth over limit je nanti.
kalau upload image kat hosting lain macam photobucket/imageshack, pastu just tempek link kat blog sendiri boleh tak mengelak dari terkena hotlinking?
Err… itu rasanya dah kategori lain tu. image hotlinking kat sini dari self hosting sendiri.
Salam,
terima kasih diatas ‘share’. Terasa ada juga org hotlinking, cuma tidak terasa sangat buat masa ni.
@Nik Hamizan Hazwan,
Salam, no problem and selamat singgah sini.
ada juga perasan yang imgae kat blog dihotlinking. tapi biarkanlah. tak tegar sangat lagi. rasa cam nak buat jugak yang halang orang buat hotlinking tu.
@beliamuda, langkah berjaga2 je ni, tetiba je nanti bandwidth exceed payah plak kan.
aku pernah kena..
aku set dalam Cpanel jer untuk activate hotlinking protection..
.htaccess di auto update
@Mus, Itu kelebihan CPanel, tak pening nak tambah dah
Pingback: Blog Protector | Imran Shamsir Dot Com
Terima kasih diatas pengkongsian ini… Erm.. nak try buat lepas nie..
@zik, sesama la kongsi ilmu, try tu hati2 sket, buat backup .htaccess kalo ada apa load balik yang asal
Selepas diserang oleh penggodam dari mesir, pihak hosting menyarankan supaya enable hotlinking
@imran, samalah kita… hosting yang sama kena hack sebelum ni
salam tuan rumah..
satu ilmu yang baru buat suri..terima kasih atas tunjuk ajar tersebut..sb suri baru sahaja dlm dunia berblog ni..
salam.
samalah… baru gak berblog ni
aku pernah edit2 script htaccess utk elak hotlinking tapi sudahnya blog x leh bukak…hehe
memang fail bab edit2 ni…kalo ade plugin mungkin mudah sikit..tq bro
@ahmadyusrie, itu yang best wordpress ni, plugin memang banyak membantu.
mantap tips ni bro,
aku punya cpanel ada function hotlinking protection, memang x keluar gambar kat blog2 ‘hotlinker’ tu..ngehehe
@etomyambiasa je bro, tips ni untuk manual edit .htaccess tu tapi baguslah cpanel boleh buat automatik. lagi senang.
@Editor, tapi kadang2 cikai jugak sebab yang automatic kadang2 ada masalah.. baek buat scr manual..
menarik! tak pernah terfikir pun pasal benda ni!
Ini pun baru je perasan, tengok bandwidth tinggi tapi yang datang ciput…
bro. maaf la aku kureng sket bab2 teknikal ni. yg file .htaccess tu nak letak dalam folder mana? sebab aku prasan dalam home directory aku ni ade 1 dalam wp-content pun ade 1. pastu kod tu masukkan dalam file.htaccess yang dah ada atau create file .htaccess yang baru?
takpe bro, dalam folder yang sama dengan fail wp-config tu. kalo tak silap home directory. (main domain la kiranya). kod tu masuk dlm .htaccess yang sedia ada.
cool.. thanks for sharing the tips =)
no problem. thanks for drop by