Pengguna wordpress terutamanya mereka yang memiliki hosting, pasti akan menggunakan plugin untuk mudah berblog. Tak kiralah blog mengenai tajuk apa atau niche tersendiri, plugin memainkan peranan yang amat penting untuk menguruskan blog besasaskan wordpress. Berikut merupakan plugin yang mampun mejadikan wordpress blog lebih cun dan dapat diurus dengan lebih baik:
p/s : senarai tidak merujuk kepada keutamaan berasaskan nombor. sekadar senarai yang difikir oleh penulis sahaja…
1) WP Supe Cache – plugin ini dapat membantu paparan muka load dengan lebih pantas dan juga menyimpan versi statik untuk blog anda. Ia juga membantu pengurangkan penggunaan CPU berbanding hanya menggunakan perisian WordPress sahaja.
2) Contact Form 7 – Mudah dan flexible. Pemilik blog tidak perlu mendedahkan email yang boleh menjadi sasaram SPAM.
3) WP-DB-Backup – Membuat sandaran secara terus dari paparan admin WordPress dan terus menghantar ke dalam email? Mudah dan cepat. Tidak perlu log masuk akaun hosting untuk membuat sebarang sandaran.
4) WP-PageNavi – Paparan navigasi anda membosankan? Plugin ini membolehkan pengunjung membuka pautan yang mereka kehendaki secara terus.
5) WordPress Related Post – Pengungjung sudahpun membaca entri anda, kemudian? Dengan paparan tambahan, sesebuah blog mampu memberikan pilihan tambahan kepada pengunjung untuk entri yang menarik di blog anda.
6) CommentLuv – Meningkatkan semangat pengunjung serta pemilik blog untuk lebih berinteraksi kerana pautan tambahan yang terbina bagi setiap entri baru.
7) Subscribe to Comments - Memberikan pilihan kepada pengunjung untuk mendaftar kepada komen dan balasan untuk meningkatkan komunikasi antara membaca dan pengendali blog itu sendiri.
8 ) Math Comment Spam Protection – Memaparkan soalan mudah matematik kepada pembaca yang ingin memberi komen. Ini adalah sebagai bukti komen tersebut daripada manusia dan bukannya robot SPAM. Pemilik blog tidak perlu lagi risau tentang SPAM komen yang muncul.
9) WPtouch iPhone Theme – Plugin ini menukar tema WordPress yang sedia ada kepada tema yang mudah dilayari oleh iPhone atau yang seangkatan dengannya. Tema baru akan muncul secara automatik jika pembaca menggunakan smartphone dan meningkatkan trafik blog kerana mudah dilayari..
10) Add To Any – membolehkan pembaca berkongsi, simpan serta bookmark blog dengan mudah menggunakan email, media sosial( seperti twitter, facebook, digg, lain-lain..) atau web browser mereka. Membantu meningkatkat trafik blog secara mudah dan berkesan.
Itulah plugin utama yang boleh digunakan untuk membantu anda berblog. Eh.. bukan ke 50 plugin WordPress? Anda semua pasti ada plugin lain yang tidak disebutkan disini. Kongsikanlah bersama-sama agar cukup 50 ….

tak cukup lagi ke
nampaknya belum lagilah
Bilalah nak cukup 50 ni
Satu entri yang cukup bagus.Sekarang masih mencari kekuatan wordpress dan blogspot
@Blogger75, aku suggest pakai wordpress… berbaloi-baloi
bro.. tambah satu lagi.. StatPress Reloaded.. ambil tahu pasal traffic..
@Frantz-Senpai, aku pun ada pakai tu. Memang bagus nak buat statistik dan keyword popular
sekadar berkongsi je…
jangan lupa.. masih ade plugin untuk nuffnang (bagi yang nak cari side income la kan)
@Bro Framestone, thanks broo..
tamabh satu lagi…
google friend connected… sesaui bg mereka yng nk kolek follower & bangga diri yang mereka ada banyak follower he..23x
p/s- ayat belakang tue skdar tambahn je ek
@Bro Framestone, thanks bro
, haha.. biasa la untuk blogger cari kawan, baru semangat sket kan..
salam..wah menari ni kawan..
rupa2nya masih bayk lagi wordpress yer…barulah ku tahu..semunya bagus dan ada kelebihan masing-masing..
@suri, wordpress memang banyak kelebihan.
ehh…aku silap baca ke? mana lagi 40…:)
rasanya aku pernah try kebanyakannya…yer btul all in one SEO @ platinum SEO yg paling penting…hehe
@ahmadyusrie, ada tu, bole tolong tambah bagi genap 50
laaa… ingatkan ada 50 tadi… baru nak kagum jap. haha..
plugin lain yg best:
1. Blog protector
2. CommentLuv
3. Link library
4. MBP Favicon
5. SEO Smart Links
6. WP-Google Buzz
7. Page Numbers
8. Facebook share
9. Tweetmeme
10. WP 125×125 ads
Haha.. Tajuk tu nak bagi gempak sket bro, tapi kalau ada tambahan kat komen memang boleh cukup 50 nanti
harap maaf kalau salah topik ni…
Nak tanya.. aku baru je belajar guna WP. Ada plan nak beli hosting. Sekarang belajar guna hosting dan domain percuma.
Ada tak tips2 awal untuk mulakan WP? Tuan tanah dan kawan2 harap boleh bagi tunjuk ajar…
Sebelum ni guna Blogspot. Tak mahir sangat guna WP ni. Nak cari hosting terbaik kat mana?
Maaf bertanya.
Takpe bro, ini dah bagi idea entri baru nih. Nanti aku buat artikel bersiri guna WordPress. Untuk hosting, aku skang ada 2 BaitulBytes ( link ) dan ServerFreaks (link ), setakat ni servis baik.
10 ni pun ok gak bro..
Kalau malas.. cari jer theme yg dah ada option tu sebagai default option..
Thanks for sharing… i want more!!!! lol
@zoul, No problem, tambah lagi bro mana tau ada plugin yang lebih mengancam ke.
terbaik la bro..memang aku install right away..tapi tak semua la..hik3
@BudakHitam, Alrite, tapi kena ingat, plugin banyak sangat bole buat blog jadi slow
Tambahan 1 lagi plugin do follow.
@imran, thanks bro sebab tambah lagi koleksi
em..taknak tambah..
nak tanye, klik counter yang salu show mse hover tuh pe ek?
pastuh mcm yg kt sidebar AW der tulih bil paparan tuh plugin per?
@yoy, soalan 1 tu kan, counter hover mana ni bro? soalan 2 tu AW guna WP-Postviews.
eh 10 aje… ni pun dah ok.. tapi aku guna blogspot.. ingatkan nak try gak wordpress.. macam best tapi loading selow la..
@eiman, err wordpress.com ke slow? kalau self hosting cukup pantas dan sebenarnya bergantung kepada pemilik blog..
erm baru 10… kena tambah 40 lagi..
apa lain ek?? entahla… hah yang kat tepi kiri tuh ..cute profiles, popular post, top commentator… dan sebagainya,,, ngeh2..
nanti cukup 50 bole buat satu lagi entri baru.. real punya…
aku pun nak tambah jugak. yang paling penting bagi aku mungkin google xml sitemap dengan all in one seo untuk tingkatkan SEO blog. hehe
memang bagus plugin ni untuk SEO.
mantap kompilasi ni, aku nak tambah WP-user online..mantap jugak tu
Thanks bro