Spagetti Bolognaise ala Malaysia

Hujung minggu memang masa untuk berehat dari sibuk tugas dan memasak yang lebih istimewa. Kalau makan di luar sememangnya memerlukan kos yang lebih dan belum tentu sesuai dengan selera kita. Jadi, memasak sendiri sudah pasti membolehkan kita mengubah suai rasa mengikut citarasa kita.

Sebelum ini, kami satu famili ada mencuba spagetti beberapa restoran tapi rasa yang agak kurang menyelerakan (kadang-kadang terlalu masam). Resepi sebenar spagetti bolognaise diubah sedikit dan terhasilnya Spagetti Bolognaise ala Malaysia yang sesuai dengan selera keluarga.

Bahan – bahan

Pasta Spagetti ( dibeli sahaja jenis segera dan direbus mengikut arahan memasak padanya. Toskan )

3 tin tomato puri

4 biji tomato segar ( dibuang kulit dan dicincang dadu )

200 gram cendawan butang.

400 gram daging hancur

100 ml air

200 gram udang besar ( dibuang kulit )

10 ulas bawang putih (ditumbuk halus )

5 ulas bawang merah (dicincang )

7 ulas cili (ditumbuk halus untuk menambah rasa pedas)

minyak zaitun untuk menumis

keju parmesan yang diparut.

2 sudu serbuk oregano

1 sudu serbuk basil ( dapatkan yang segar untuk lebih aroma )

2 sudu serbuk lada hitam

garam dan gula.

Cara Memasak

Panaskan periuk dan masukkan sekitar 3 atau 4 sudu minyak zaitun.

Tumis bawang merah yang telah dicincang tadi sehingga kekuningan.

Kemudian masukkkan bawang putih dan cili. Kacau seketika dan masukkan tomato yang telah dicincang.

Masukkan air dan biar tomato menjadi lembut.

Selepas itu, masukkan tomato puri dan cendawan. Kacau perlahan sehingga mendidih.

Masukkan udang, serbuk oregano, basil dan lada hitam. Kacau sehingga sebati. Masukkan garam dan gula sebagai perisa.

Curahkan kuah ke atas spagetti dan taburkan keju parmesan mengikut pinggan hidangan anda.

Spagetti yang siap akan sedikit pedas untuk citarasa ala Malaysia yang lebih meminati makanan pedas.

Artikel Berkaitan


This entry was posted in Resepi dan Masakan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Spagetti Bolognaise ala Malaysia

  1. avatar RozaniGhani says:

    macam laksa, aku tengok. kalau jual time bulan puasa, boleh dapat untung.
    .-= RozaniGhani┬┤s last blog ..Menangi Percutian Percuma Ke Bandung =-.

  2. avatar Nozi says:

    Salam ziarah,

    Yum..yum…saya memang gemar spegetti buatan sendiri. Lama dah rasanya tak buat..leh try resepi ni pula…tq. :)

  3. avatar zoul says:

    Peh..!
    geramnya tengok udang tu..
    ui.. antor lah kat aku siket…

  4. avatar zac zirwan says:

    fuiyo..xde tester ke?bley rase sket..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge