Bahan-bahan
1 kilo kentang (dikupas kulit)
400 gram daging (direbus dan dicincang halus, juga boleh ditukar dengan ayam jika mahu)
50 gram daun bawang (dipotong halus)
50 gram bawang goreng
2 tangkai cili dipotong halus (untuk pedas, boleh tambah mengikut selera
1 sudu lada sulah
5 sudu tepung serbaguna (atau tepung goreng ayam)
3 biji telur (dipukul)
sedikit garam.
Minyak masak untuk menggoreng.
Cara memasak
Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian toskan dan lenyekkan.
Campurkan kentang yang telah siap tadi dengan daging, daun bawang, bawang goreng, cili, lada sulah, garam dan tepung serbaguna. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh.
Bentukkan doh tadi menjadi doh bulat yang lebih kecil.
Panaskan minyak menggoreng. Celup doh yang telah dibentuk tadi ke dalam telur dan goreng sehingga kuning keemasan. Tidak perlu menggoreng lama kerana bahan-bahan tadi telah pun dimasak terlebih dahulu.
Angkat dan siap dihidang.
Begedil sesuai dimakan dengan nasi atau soto. Malah sedap dimakan begitu sahaja. Cubalah …


daging tu masak masa bila??..tak akn tak rebus daging kot…
Nak Try buat jugak nih dah rasa yang abg jalal buat sedaaap jer
alamak.. macam dah lama tak makan.. teringin la pulak
satu lagi kegemaran ku..
mmg sedap..
fuhh..dah lama tak makan begedil..
alhamdulillah terimakasih resepi andayang sedap;
suami ana AbdulRahim,dia minta masakkan begedil,dia memangbaru habis cemo, prostatecancer, ana cari resepi,kebanyakkan kentang goreng. dan resepi anda kentang rebus, sukalahdia,inshaallah ALLAH selamatkan anda sa keluarga.
wassalam