Selalunya pada hari minggu, keinginan untuk memasak sarapan pagi amat kurang dan cara paling mudah ialah membeli sahaja. Menu utama yang sememangnya menjadi kegemaran ialah nasi lemak. Sebenarmya untuk memasak nasi lemak tidaklah begitu sukar. Entri kali ini akan menerangkan cara memasak nasi lemak yang mudah dan ringkas.
Sebelum ini, entri cara memasak sambal tumis sotong telah pun ditulis disini ( Sambal Tumis Sotong ). Nasi lemak juga boleh dimakan dengan pelbagai lauk pauk lain. Mari kita lihat bagai mana untuk memasak nasi lemak cara mudah.
Bahan- bahan:
1) 3 pot beras
2) Santan kelapa (1 biji) – atau sekotak santan segera.
3) 3 helai daun pandan
4) 1 inci halia
5) Secubit garam
6) 200 ml air
Bahan Sampingan
1) Timun – dipotong nipis
2) Ikan bilis – digoreng
3) Telur rebus
Cara Memasak
Masukkan bahan-bahan memasak kedalam periuk. Pastikan sukatan air didalam periuk lebih sedikit dari memasak nasi biasa.
Masak sama seperti memasak nasi biasa. Kecilkan api apabila air sudah hampir kering dan biarkan sehingga benar-benar masak.
Sedia dihidang dengan sambal tumis tadi dan bahan-bahan sampingan.
Selamat Memasak!

yummy…mmg best…hari ni elly menu yg sama cuma tambah ayam goreng….tp apa yang beza harini…ely gunakan Biozone Food Purifier utk purifier sotong, sayur dan ayam…..
hidangan yang terbiak untuk satu keluarga…more info ttg biozone leh layari http://www.helyawati.com
xoxo
suke sangatt
Dang Setia´s last [type] ..Petua Rumahtangga
terliur rasanya. Dah lama tak makan nasi lemak sambal tumis sotong…yummy….
Pingback: how to ollie
fuhh..sedapnya..buat aku lapar di malam hari