Mee Kungfu

mee-kungfu

Kebiasaannya Mee Kungfu dinikmati ketika berada di kedai makan atau restoran sahaja. Tetapi sebenarnya, memasak Mee Kungfu cukup mudah dan ringkas. Hidangan ini sesuai dimakan pada waktu makan tengahari atau malam.

Bahan-bahannya:

Bahan A

  1. Mee kuning
  2. Telur (dipukul)
  3. Minyak untuk menggoreng

Gaulkan mee kuning bersama telur dan gorengkan sekitar 2 minit (amaun mee negikut citarasa anda)

Bahan B (kuah mee)

  1. Bebola ikan 100 gm
  2. Udang 100 gm
  3. Sotong 100 gm
  4. 1 liter stok ayam (lebih mudah meggunakan kiub ayam segera)
  5. 3 ulas cili besar (dipotong serong)
  6. 1 biji lobak merah (dipotong racik)
  7. 3 helai daun limau kasturi
  8. 4 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  9. 3 ulas bawang merah (dicincang)
  10. 3 sudu minyak masak
  11. sedikit gula
  12. sedikit garam

Cara Memasak:

Panaskan minyak masak dan goreng bawang kecil sehingga kekuningan

Kemudian, masukkan stok ayam dan biarkan sehingga mendidih

Masukkan udang, sotong dang bebola ikan. Kacau perlahan dan kecilkan api masakan pada tahan sederhana.

Masukkkan cili besar dan lobak merah, tunggu sehingga mendidih dan masukkan daun limau kasturi.

Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

Dengan perlahan, masukkan cairan tepung jagung sambil megacau kuah tadi sedikit demi sedikit sehingga pekat.

Hidangkan mee yang telah digoreng bersama kuah yang telah siap tadi.

Cukup mudah bukan?

Artikel Berkaitan


This entry was posted in Resepi dan Masakan, Paparan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge