Sebenarnya idea ni datang dari suatu hari selepas pulang dari bekerja, penat sangat nak masak, ajak family makan di kedai. Ternampak menu kerabu mangga, apalagi orderlah satu pinggan. Dihantarlah oleh pelayan, cari punya cari tak jumpa mangganya, adala dalam dua tiga urat, yang lain semuanya bawang besar, masyaAllah, berapa la sangat mangganya kalau dibeli, sampai hati hidangkan pelanggan dengan penipuan begini. So jom try kat rumah, lagi sedap, murah dan berbaloi-baloi.
Kerabu Mangga.
2 Biji Mangga Muda dicincang
4 Biji Bawang Merah dihiris halus
6 -10 Biji Cili Padi (ikut citarasa kalau nak pedas tambah cilinya)
Segenggam Udang kering digoreng dan ditumbuk / ikan bilis pun boleh
Sebatang Serai Dihiris nipis, sedikit halia dan lengkuas dicincang (semuanya digoreng dan ditumbuk halus)
Sebiji Buah limau nipis ( Diambil air Perahannya)
2 Sudu Besar Cuka Makan ( terpulang kepada citarasa atau mangga tak berapa masam)
2 Sudu Gula
Sedikit Garam
Selepas Mangga di buang kulitnya, rendam seketika di dalam air garam, kemudian Cincang halus dan memanjang.
Masukkan bawang merah, cili padi, garam, gula, cuka makan dan gaulkan.
Masukkan Udang kering,halia,serai dan lengkuas yang telah ditumbuk serta air perahan asam limau, gaulkan lagi sehingga sebati.
Siap dah hidangkan bersama nasi dan lauk yang lain teruatamanya Ikan Siakap Bakar ( menu selepas ini).


huuuuu yummyy…
terasa lpr laa plaq…hehe
amie7834´s last [type] ..Cara Mengetahui Blog Do Follow
fuhhh..sedap betolll.lama dah tak makan msakan ala2 kampung ni…
ZouL´s last [type] ..Blog Aku [dot] com Jua Akhirnya !!
sedang mencari-cari resepi mangga muda yg paling sedap utk diregukan bersama nasi tomato & ayam masak merah..planning cuti esok memasak utk anak2..maklumla anak ramai mcm saya lebih berkat makan kt uma..& da jumpe pn..insyallah esok mesti try..tq
Yummmy
boleh torayy ni.. nak suruh mak buat lah ;p
daus´s last [type] ..Dina Feat Zizan Rajalawak Selamat Tinggal
hmm…sedap aih kerabu mangga…ni yang wat teringat nak baik kampung neh…hehe
Fast Movie Download (FMD)´s last [type] ..Shaolin 2011 DVDRip
peniaga skrg kebykkannye meniaga nak untung saje.. buat sendiri lagi puas hati kan?
cik puan´s last [type] ..Jangan Pernah Berubah
erk, sini mana nak cari bahan-bahan tu..
naimulfirdaus´s last [type] ..Rasa percaya akan meningkatkan ghairah
sedap ni..
buat aku tak sabar suruh org rumah buatkan..
.-= Mus´s last blog ..Ramalan Kematian Paul Si Sotong Kurita Adalah Tepat =-.