Selalunya apabila ingin merasa kentang lecek atau lebih dikenali sebagai whipped potatoes, tempat yang dituju semestinya KFC. Hari ini kita akan berkongsi cara-cara membuat kentang lecek ala kentaki.
Bahan kentang lecek:
500 gram kentang (dikupas )
1 cawan susu segar
50 gram mentega
garam dan serbuk lada putih sebagai perisa.
Cara memasak:
Rebus kentang di dalam air dan bersama sedikit garam. Biarkan merenih sekitar 20 minit atau sehingga kentang dari benar-benar empuk.
Angkat kentang dan toskan. Lecek sehingga halus.
Tambahkan susu segar, mentega sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Tambah serbuk lada puthi sebagai perisa.
Bahan kuah kentang lecek
2 sudu minyak masak
50 gram mentega
20 gram tepung gandum
1 batang saderi (dipotong kecil)
1 ulas bawang besar (dipotong kecil)
Serbuk lada sulah dan lada hitam
2 sudu sos tiram
1 cawan air
2 cawan stok ayam (cecair)
1 cawan susu segar (UHT juga boleh)
Cara memasak kuah:
Panaskan minyak masak, goreng daun saderi dan bawang sehingga layu. Angkat dan biarkan sehingga sejuk
Kisar semua bahan goreng tadi sehingga halus. Gunakan sukatan air.
Cairkan mentega menggunakan air kecil, masukkan tepung dan kacau sehingga sebati. Tuangkan air, stok ayam dan susu segar. Kacau perlahan.
Masukkan bahan kisar sambil mengacau. Masak sehingga mendidih dan boleh diangkat.
Sajikan kentang lecek bersama kuah yang telah siap tadi. Jika mahu kuah yang lebih pedas, bolehkan ditambah sedikit serbuk cili.
Mari mencuba !


sy dh try resepi ni…mmg sdp..tp,tang biler nk ltk sos tiram tu yea?
saye nk try ni,ank saye umur 1thn selalu mkn nasi campur ubi kfc,bengrap lah klu nk kna selalu beli.lg satu time nk balik kpg nti restaurant kfc jauh sangat,nk x nk kna buat sendiri,mkn ngn benda lain anak sy x suka n x mahu kecuali nestum.payah
kena try ni
wah! nampaknya tak payahlah pergi mcd atau KFC lagi lepas ni ;p
Daus“s last [type] ..Cara letak sudu dan garfu lepas makan
urmmmm~!!!!dh cba dh mmg sedap~
nampak gaye ….saye pun kena cube ni….. he he he
menggiurkan..
tak payah nak bazir duir ke KFC
wah wah.. sedapnya.. boleh try dah nih.. dah lama teringin nak buat.. hehehe.. yang sayur coeslow takde resepinya ke? hehehe..
selamat datang blog ni, resepi coeslow mmg ada… tunggu entri resepi terbaru..
aahhh!!baru nk tanya resipi coleslaw cmne plark???