Kebab Ayam

Bahan-bahan

Bahan A

1) 400 gm daging ayam dibuang tulang

2) Lidi untuk mencucuk ayam

Bahan B (dikisar halus)

1) 5 ulas bawang merah

2) 3 ulas bawang putih

3) 1 inci halia

4) satu sudu serbuk paprika

5) satu sudu serbuk lada putih

6) garam dan gula secukup rasa

Cara memasak

Kisar semua bahan B sehingga halus

Perap daging ayam ke dalam bahan B sekitar 2 jam atau semalaman

Setelah diperap, cucuk daging ayam dengan lidi

Panggang didalam ketuhar (bersuhu 250 darjah) selama 25 minit.

Sesuai dihidang dengan nasi atau roti.

Resepi yang mudah dan sesuai untuk seisi keluarga.

Artikel Berkaitan


This entry was posted in Resepi dan Masakan, Paparan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge