Ini merupakan satu cara mudah memasak daging tanpa memerlukan kemahiran untuk memasak.
Bahan-bahan:
300 gram daging lembu (batang pinang)
2 sudu lada hitam (ditumbuk)
Sedikit garam
Minyak zaitun
Cara Memasak:
Lumurkan daging dengan lada hitam dan minyak zaitun pada keseluruhan luaran daging tadi.
Taburkan garam sebagai perisa.
Panaskan kuali tanpa minyak. Seeloknya menggunakan kuali leper.
Masukkan daging kedalam kuali dan goreng keseluruhan permukaan daging untuk sekitar 1 minit.
Selepas itu, angkat daging tadi dan masukkan ke dalam ketuhar panas (sekitar 230 darjah celcius).
Masak untuk 40 minit atau sehingga daging tadi benar-benar masak.
Setelah masak, keluarkan daging tadi dan biarkan sekejap untuk sekitar 3 minit.
Hiris daging nipis dan boleh dihidang bersama roti atau kentang.
Selamat mencuba.


arghhH~ sedapnyaa
Daus´s last [type] ..Cara letak sudu dan garfu lepas makan
nak try buatlah..nmpk sedap..yummy..
ecah´s last [type] ..Tutorial Perbaiki Recent Post CommentLuv Tak Keluar atau Tak Updated
Adusss… tak nak tengok… tak nak tengok…. mmmmm tak pe tengok sebelah mata jer… adussss… tergugat puasa aku… hi hi
.-= zoul´s last blog ..Aku Terjumpa Orang Buang Bayi =-.
Sedapnnya… daging bakar ..wah boleh jadi chef…
.-= zik´s last blog ..Google PR zikrihusainicom kembali ke 2! =-.
sedap nyer…….
.-= ishak´s last blog ..Tutorial – Jenamakan feedburner google anda dengan subdomain domain sendiri =-.
aduhhh.lapar seyh tgk menda ni…
btw, salam kenal, blogger baru kat sini.nak link exchange boley? dh letak link blog bro kat sana.thanks!
.-= Eyl´s last undefined ..Response cached until Thu 8 @ 12:27 GMT (Refreshes in 44 Minutes) =-.