Bubur Pulut Hitam

Bubur Pulut Hitam

Bubur Pulut Hitam dihidangkan diwaktu petang semasa waktu rehat, sesuai dihidangkan bersama roti dan juga minuman petang. Ringkas dan mudah, selamat mencuba.

Bahan-bahannya:

2 Cawan pulut hitam

1/2 Cawan Sagu

3 Helai daun pandan

2 Sudu gula merah

2 Cawan gula pasir

Sedikit Garam

Sebiji kelapa dan diperah untuk diambil santannya

Cara Memasak:

Rendam beras pulut hitami untuk seketika dan kemudian direbus sehingga pecah bijirinnya.

Masukkan sagu dan rebus sehingga sagu betul-betul kembang.

Masukkan santan dan kacau.

Masukkan gula merah, gula pasir dan sedikit garam.

Masukkan daun pandan dan angkat untuk dihidangkan.

Artikel Berkaitan


This entry was posted in Resepi dan Masakan, Paparan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge