Seramai 7,987 atau 1.99 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A dan A-) bagi semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 6,277 atau 1.6 peratus pada tahun sebelumnya.
Dalam keputusan SPM yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, semalam dua calon mendapat keputusan A+ bagi semua 15 subjek, satu calon (14 subjek), tiga calon (13 subjek), 19 calon (12 subjek), 59 calon (11 subjek), 79 calon (10 subjek) dan 51 calon (sembilan subjek).
Alimuddin turut mengumumkan Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, sebagai pelajar terbaik SPM 2009 dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik.
Sembilan pelajar terbaik lain ialah Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor); Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan); Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis); Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan); Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor); Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan); Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka); Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor) dan Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).
Sembilan lagi sekolah terbaik pula ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Kuala Lumpur; Sekolah Tun Fatimah, Johor; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; SBPI Rawang, Selangor; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; SBPI Temerloh, Pahang; SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor dan Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.
Dipetik dari : Berita Harian Online
Pencapaian yang membanggakan…
…zik dulu spm sedey wooo… fail 1 paper… isk2..
itu dulu kan. skang mesti dah hebat