Insititut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan [ITQAN] merupakan sebuah Institusi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang dikendalikan oleh Bahagian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Pada awalnya kelas ini di tempatkan di Maahad Ahmadi Gemencheh, Negeri Sembilan.
Program Diploma Tahfiz Al-Quran yang dijalankan di ITQAN diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) kerana program ini adalah usahasama (MOU) bersama Darul Quran, JAKIM. Sehubungan itu, ITQAN mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.
Sistem Pengajian
Kursus ini dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat dan Dakwah.
Syarat-syarat Permohonan.
- Pelajar LELAKI dan PEREMPUAN
- Calon, ibu atau bapa hendaklah anak kelahiran Negeri Sembilan atau telahbermastautin tidak kurang dari 7 tahun di Negeri Sembilan.
- Berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak lebih 21 tahun.
- Belum berkahwin serta bersedia tidak berkahwin dalam tempoh pengajian.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat minimum C dalam mata pelajaran :
- Bahasa Melayu
- Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah /Pendidikan Syariah Islamiah /Pendidikan Islam / Tasawwur Islam Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi, dan
- Lulus atau mendapat gred D dalam Bahasa Inggeris
- Lulus ujian dan temuduga yang dikendalikan oleh Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan.
Yuran Pengajian Dan Elaun
- Yuran pengajian akan dimakklumkan apabila anda layak dan diterima masuk ke ITQAN.
- Dermasiswa pengajian sebanyak RM 100.00 sebulan boleh dipertimbangkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
- Asrama disediakan untuk semua pelajar.
- Yuran makan adalah PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan [MAINS]
Cara Memohon
- Borang permohonan online boleh diperolehi di SINI.
- Borang permohonan boleh diperolehi dengan menyertakan sampul surat berukuran 23 cm x 32 cm beralamat sendiri dan setem 60 sen atau datang sendiri ke alamat seperti di bawah :
Tuan Pengarah,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sembilan Darul Khusus
Karung Berkunci No. 30
70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
(u.p: Bahagian Pelajaran)
- Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk menduduki ujian bertulis dan temuduga.
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran ini adalah 2 minggu selepas keputusan SPM diumumkan.
- Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 30 Mei 2010 adalah dianggap tidak berjaya.
- Tarikh temuduga adalah dijangka 2 minggu selepas tarikh tutup permohonan kemasukan.
Maklumat
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 06-767 2825 / 767 2826 (Bahagian Pelajaran) atau06- 431 9598 (ITQAN) atau email : pelajaran_jheains@yahoo.com.my
Laman Web Rasmi ITQAN : www.itqan.edu.my
Sumber : ImranShamsir.com
untung dunai akhirat nih…
@etomyam, itulah.. mak bapak pun bole tumpang sama.
siapa-siapa yang berminat tu boleh la mohon. bagus sekolah tahfiz ni. dunia dapat akhirat pun dapat.
@zaiMi, yup…. elok sangat kalau sambung blaja kat sana
sye da mohon…tkot la nk tggu tmu duge nnti…klau bhse arab xde leh mhon jga kew…