Expo Kerjaya dan Pendidikan USM 2010

Expo Kerjaya dan Pendidikan USM 2010

Melangkah ke alam pekerjaan bermakna selangkah mahasiswa bergerak ke hadapan.  Suasana atau dimensi pekerjaan sudah tentu berbeza dengan suasana pembelajaran yang bercorak formal di manara ilmu.  Di Universiti, proses pembelajaran menjadi wadah kepada pelajar mencari ilmu untuk nilai segulung ijazah.  Proses pembelajaran ini tentunya diperoleh daripada pelbagai bahan melalui aktiviti secara formal atau tidak formal.

Suasana ini berubah aapabila mereka mula melangkah ke dunia pekerjaan.   Di bahu mereka tergalas segala amanah dan imej organisasi masing-masing. Setiap tindakan dan tingkah laku menjadi kayu pengukur ke atas keupayaan sebenar graduan Universiiti Sains Malaysia dalam melahirkan pekerja yang berkualiti.  Ekspo Kerjaya dan Pendidikan ini diharap dapat memberi panduan kepada mahasiswa membuat persiapan dalam merancang kerjaya masing-masing.

Objektif  Ekspo Kerjaya dan Pendidikan 2010 ialah:

  • Untuk memberi peluang dan membantu pelajar membuat pilihan Kerjaya yang bersesuaian.
  • Untuk memberi peluang kepada pelajar mempamerkan hasil kerja dan rekacipta mereka kepada khalayak ramai.
  • Mempamerkan kepada sektor swasta dan  agensi lain mengenai kemampuan siswa/siswi Universiti Sains Malaysia dalam pelbagai lapangan dan kepakaran.
  • Mempereratkan hubungan Universiti Sains Malaysia dengan syarikat dan agensi awam dalam  usaha membekalkan tenaga kerja untuk keperluan Negara.
  • Membantu dan melengkapkan mahasiswa dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Memberi pendedahan dan kesedaran kepada mahasiswa tentang masalah dan cabaran untuk menghadapi dunia ICT.
  • Memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa khususnya dalam mencari dan mengumpul maklumat tentang kerjaya yang sesuai dengan mereka.
  • Memberi peluang kepada mahasiswa untuk berinteraksi dengan wakil-wakil agensi dan swasta dari pelbagai sektor.
  • Menyediakan mahasiswa sebagai guna tenaga yang berkualiti dan mempunyai pelbagai kemahiran.

Tarikh   :       5 – 7 Mac 2010
Tempat  :       Dewan Utama Pelajar, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
Masa     :       9.00 pagi hingga 5.00 petang

Selain pameran oleh syarikat-syarikat dan agensi yang mengambil bahagian,ekspo ini juga akan dimuatkan dengan satu ceramah kerjaya dan sesi temuduga oleh Syarikat swasta.  Ekspo ini merangkumi pameran dari agensi swasta/kerajaan berkaitan dengan peluang pekerjaan dan pengambilan, ceramah kerjaya, forum, bengkel, klinik kaunseling kerjaya dan temuduga terbuka.

Sumber : http://www.usm.my/bi/ekp/

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Pendidikan dan Kerjaya and tagged , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Expo Kerjaya dan Pendidikan USM 2010

  1. Expo ini sangat bermanfaat bagi pelajar2x yang ingin lebih memahami bagaimana dunia kerja tu sesungguhnya. Akanlah sangat bermanffat jika expo macam ni lebih sering diadakan.
    .-= lowongan kerja´s last blog ..PT. UNGARAN SARI GARMENTS JOBS VACANCIES 2010 =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge