Windows 7: 7 Tip yang Perlu Diketahui

Kita sedia maklum bahawa Windows 7 telah dilancarkan beberapa bulan dahulu oleh Microsft Corp dan anjungweb telah memperkenalkan serba sedikit berkenaan sistem operasi ini ( Windows 7 ). Dikatakan Windows 7 merupakan sistem operasi terbaik yang telah dihasilkan oleh Microsoft dan ramai pengguna komputer telahpun menggunakan Windows 7. Ramai pengguna yang mengatakan sistem operasi baru ni lebih user friendly dan paparan antaramuka yang menarik. Ia juga mampu memproses lebih pantas berbanding sistem operasi sebelum ini iaitu Windows Vista.

Mungkin ramai mempunya tips tersendiri dalam melarikan sistem operasi baru ini mengikut keperluan masing-masing. Kita akan lebih membincangkan tips asas yang perlu diketahui dalam Windows 7 untuk memudahkan tugas harian kita.

1) Sandaran dan Pemulihan ( Backup and Restore )

Pasti kita akan mengalami masalah jika fail yang disimpan didalam komputer hilang dan tiada sandaran mengenai fail-fail tersebut. Sandaran (baca backup) merupakan satu alat yang sangat bagus telahpun tersedia didalam Windows 7. Fungsi ini membolehkan kita membuat sadaran dan memulihkan fail yang terkandung didalam komputer. Alat ini juga mampu berfungsi untuk membuat sandaran bagi Registry iaitu pangkalan data untuk keseluruhan konfigurasi sistem.

2) CD pemulihan (Recovery Disk)

Kerosakan boleh berlaku pada sistem operasi dan ia mengambil masa serta tenaga untuk membina semula sistem operasi pada komputer. Malahan data yang tersimpan juga mungkin tidak dapat diselamatkan. Mungkin anda tidak pernah mengalami perkara ini tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, Windows 7 mempunyai fungsi untuk membina CD/DVD pemulihan bagi membantu membaiki masalah yang timbul agar dapt menggunakan Windows 7 semula.

3) Menyulitkan data didalam USB atau Cakera Keras

Windows 7 juga didatangkan dengan BitLocker. BitLocker pada Windows 7 membuat perlindungan yang mudah kerana ia mampu berfungsi dengan hampir semua pemacu. Windows 7 memudahkan penyulitan pemacu dalaman dengan secara automatik membina boot tersembunyi untuk  melindungi data sistem operasi. BitLocker boleh dilancarkan dengan hanya klik kanan pada tetikus. Cukup mudah, bukan?

4) Windows HomeGroup

Bagi rumah yang mempunyai lebih 1 komputer (masa kini selalunya sekurang-kurang satu desktop dan komputer riba akan ada di sesebuah rumah), HomeGroup membolehkan kita membuat sambungan antara komputer dengan mudah dan pantas. Ia membolehkan kita berkongsi fail, gambar, musik (MP3, AVI, MPEG), pencetak dan lebih lagi dengan hanya rangkaian mudah dirumah. Ia pasti mejimatkan masa untuk berkongsi data-dta tersebut tanpa perlu bersusah.

5) AppLocker

Seperti biasa, komputer yang ada dirumah kan dikongsi ramai dan mampu membuatkan kita pening kepala. Dengan AppLocker, kita mampu mengawal perisian yang dibenarkan untuk dilancarkan pada desktop mengikut polisi yang telah ditetapkan berdasarkan akaun pengguna. AppLocker menghalang persian yang tidak dibenarkan tanpa perlu sebarang pengetahuan mendalam berkenaan polisi kumpulan.

6) Pengaktifan Mod Windows XP

Seperti kebiasaan, kita mungin ragu-ragu untuk menaik taraf sistem operasi yang sedia ada kerana perisian yang tidak serasi. Dalam Windows 7, ada satu fungsi yang membolehkan kita memasang perisian yang sedia ada dengan menggunakan mod Windows XP. Ini dapat membantu mengurangkan kos untuk membeli perisian baru dan mungkin perisian tersebut amat diperlukan untuk melakukan tugas-tugas harian.

7) AeroSnap dan AeroPeek

AeroSnap dan AeroPeek merupakan dua fungsi yang dapat membantu anda berkerja dengan lebih effisien didalam Windows 7. AeroSnap membolehkan kita untuk “dock” skrin yang sedia ada. Jika kita mahu membandingkan antara tetingkap bersebelahan, fungsi ini dapat membantu dengan mudah. AeroPeek pula membantu kita agar memfokus terhadap apa yang dikehendaki pada paparan skrin. Fungsi ini membolehkan kita fokus kepada sesuatu yang perlu sahaja.

Jadi, sudahkan anda menggunakan Windows 7? Kongsikan tips dan pengalaman anda.

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in PC dan Gajet and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge