Ubuntu: SuperTux Permainan Sumber Terbuka

Apa dia permainan SuperTux ni?

SuperTux merupakan permainan komputer 2D berkonsepkan melompat dan berlari yang dibina sebagai klon Super Mario menggunakan lesen GPL. Selain dari laman web rasmi SuperTux (http://supertux.lethargik.org/index.html), terdapat juga fansite (memang ramai peminat) yang memuatkan screenshot, peta tambahan dan laman forum. Kelebihan utama SuperTux ialah ia percuma dan mampu dilancarkan di hampir semua sistem operasi termasuk Windows, Linux dan MacOS.

Ciri-ciri am SuperTux?

  • 9 musuh
  • 26 tingkat permainan
  • Mod render perisian dan Open GL
  • konfigurasi papan kekunci atau kayu ria
  • musik baru
  • grafik yang dikemaskini

Cara pemasangan ke dalam Ubuntu sangat mudah kerana ia sudahpun berada di dalam repositori. Hanya taip arahan berikut pada terminal

sudo apt-get install supertux

Bagi penggemar Super Mario, pasti ia akan mengembalikan nostalgia zaman silam….

Mahu mencuba?

Kredit gambar: SuperTux.

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in PC dan Gajet and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge