Ubuntu: Repositori Permainan Playdeb

Permainan dalam Ubuntu Linux?

Mungkin ramai yang tidak memilih Linux apatah lagi Ubuntu disebabkan tiada permainan komputer yang dapat menarik minat pengguna. Malahan Linux dilabel sebagai “geek users only”. Playdeb memperkenalkan repositori berasaskan Debian/Ubuntu untuk pengguna Linux Debian bagi memasang permainan komputer.

Secara amnya, untuk menggunakan Playdeb, anda perlu menambah repositori yang ada didalam Playdeb dengan membuat konfigurasi tambahan kepada sistem Ubuntu anda. Mari kita lihat cara memasang repositori ini:

1) Pasang pakej Playdeb DISINI ( muat turun perisian dan pasang ).

2) Membuat konfigurasi manual terhadap repositori

Lancarkan “Software Sources”

System >> Adminsitration >> Software Sources

Tambahkan senarai repositori seperti berikut

deb http://archive.getdeb.net/ubuntu karmic-getdeb games

Buka terminal dan taip

wget -q -O- http://archive.getdeb.net/getdeb-archive.key | sudo apt-key add

3) Anda telahpun kemaskini repositori dan buka laman web Playdeb ( DISINI ) dan pilih permainan yang and mahu. Klik butang “Install this now” untuk memasang permainan tersebut kedalam sistem operasi ubuntu anda.

Anda boleh membuat carian genre kegemaran anda dari antara fps, pendidikan, bawah tanah, simulasi, MMORPG, muzik, ruangan, tindakan, strategi dan banyak lagi.

Setiap pemasangan permainan Linux terdiri daripada informasi yang diperlukan bersama dengan link ke video Youtube. Anda boleh melihatnya untuk mengetahui apakah anda benar-benar ingin memasang permainan tersebut. Pemasangan mudah ini hnaya dengan satu klik !

Ingin mencuba ?

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in PC dan Gajet and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge