Ubuntu: Memasang Ubuntu dengan Wubi

Apa dia Wubi?

Bagi mereka yang sudah menggunakan Ubuntu, pasti ada mendengar mengenai Wubi, satu perisian untuk memasang Ubuntu pada Windows.Wubi merupakan perisian installer Ubuntu disokong secara rasmi untuk pengguna Windows yang mana Ubuntu boleh dipasang atau dibuang dari Windows sama seperti perisian lain, dengan cara yang mudah serta selamat.

Sebelum ini, entri mengenai VirtualBox ( VirtualBox: Pemasangan dan Kelebihan ) boleh membantu kita untuk menggunakan Ubuntu atau sistem operasi lain, Wubi dibina khas untuk pengguna Ubuntu.

Kelebihan Wubi.

1) Wubi adalah mudah

Tidak perlu burn pada CD. Hanya lancarkan perisian Wubi, masukkan nama dan kata laluan pengguna baru dan klik “Install”. Biarkan ia terpasang dan anda boleh menggunakannya selepas itu.

2) Wubi selamat.

Tidak perlu mengubah apa-apa pada Windows anda. Wubi hanya menambah pilihan tambahan untuk boot ke Ubuntu. Ia berfungsi seperti perisian lain tanpa sebarang malware atau spyware. Sebagi sumber terbuka dan percuma, sesiapa sahaja boleh mengesahkan perkara tersebut.

3) Wubi terasing dari Windows

Wubi menyimpan sebahagian besar file dalam satu folder, dan jika anda tidak suka, anda boleh memadamnya sama seperti aplikasi lain.

4) Wubi adalah percuma

Wubi dan Ubuntu tidak memerlukan kos tetapiĀ  memberikan perisian yang mampu berfungsi sepenuhnya tanpa sebarang kod pengaktifan.

Bagaimana untuk memasang Wubi?

Seperti biasa, muat turun perisian Wubi DISINI. Kemudian lancarkan perisian tersebut dengan klik padanya. Pilih nama pengguna dan kata laluan untuk pengguna Ubuntu. Seterusnya klik “Install” dan biarkan ia terpasang. (Pastikan anda ada sambungan internet ketika ini, Wubi akan muat turun Ubuntu secara automatik)

Jika tiada sambungan internet, kita perlu muat turun ISO Ubuntu terlebih dahulu dan meletakkannya bersama perisian Wubi.

Jadi, anda tidak perlu risau jika ingin menggunakan serta menguji Ubuntu di dalam komputer anda. Tidak perlu format, konfigurasi tambahan malah tidak akan merosakkan sistem operasi Windows anda.

Adalah anda ingin mencubanya? Kongsikan pengalaman anda bersama kami.

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in PC dan Gajet and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge