Ubuntu: GIMP Editor

Sebagai pendahuluan, perisian GIMP merupakan satu perisian imej editor seperti Photoshop. Perisian ini berasaskan sumber terbuka dan didatangkan bersama sistem operasi Ubuntu. GIMP tidaklah sehebat Photoshop dari segi fungsi dan penggunaannya tetapi amat baik untuk pengguna beginner yang ingin belajar grafik tanpa sebarang kos. Perisian ini  juga boleh dimuat turun DISINI.

Buat masa ini, versi terkini GIMP adalah GIMP 2.6. Beberapa ciri-ciri utama yang perlu diketahui ialah:

1) Antaramuka yang boleh disesuaikan dengan kehendak pengguna

Oleh kerana setiap tugasan memerlukan persekitaran tersendiri, GIMP membolehkan pengguna untuk mengubah paparan serta fungsi mengikut citarasa pengguna. Tema berbentuk widget membolehkan pengguna menukar warna, saiz ikon untuk membina set alatan tersendiri. Paparan antaramuka adalah modular yang dipanggil dock membolehkan anda meletakkan ia dimana-mana sahaja.

Mod skrin penuh membolehkan anda edit hasil kerja dengan lebih terperinci serta mudah melihat hasil terdahulu.

2) Menambahbaik Foto,

Bermacam-macam gambar digital yang tidak sempurna boleh di edit dengan menggunakan GIMP. Sebagai contoh, perspektif yang senget atau condong boleh ditukar dengan mod pembetulan dalam transformasi.

3) Sentuhan Digital

GIMP sangat ideal untuk proses sentuhan semula. Ia mampu membuang butiran yang tidak perlu atau menambah dengan alatan yang ada. Tambahan, GIMP mempunya fungsi klon yang membolehkan pengguna membuat klon objek dengan sangat mudah.

4) Sokongan perkakasan,

GIMP mempunya sokongan perkakasan yang unik untuk pelbagai peranti input seperti tablet sensitif dan juga pelbagai kawalan USB atau MIDI. Tukar saiz, sudut atau opacity dari berus sambil mengacat, mengikat skript kegemaran anda untuk butang. Mempercepat proses kerja anda.

5) Sokongan format fail.

GIMP menyokong format fail umum seperti JPEG (JFIF), GIF, PNG, TIFF atau menggunakan format khas seperti resolusi pelbagai dan warna dalam Windows. Rekabentuk GIMP juga memperluaskan kemampuan format fail dengan plugin. Anda boleh melihat sokongan fail tersebut DISINI.

6) Pelbagai Platfrom

GIMP bukan sahaja disokong oleh sistem operasi Linux, malahan kebakyakkan sistem operasi utama dibawah.

*  GNU/Linux (i386, PPC)
* Microsoft Windows (XP, Vista)
* Mac OS X
* Sun OpenSolaris
* FreeBSD

Jadi walaupun anda seorang pengguna Windows, anda patut mencubanya kerana ia adalah percuma!

*kredit gambar http://www.gimp.org/

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in PC dan Gajet, Freebies and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge