Ubuntu: 5 Aplikasi yang perlu ada

Semasa menggunakan sistem operasi, kita tentu mempunyai beberapa perisian yang perlu ada untuk menjalankan tugas harian. Kebiasaannya, untuk bertukar sistem operasi membuatkan kita sedikit risau adakah fungsi-fungsi asas ada pada sistem operasi yang baru.

Sama seperti Ubuntu, ada beberapa perisian yang sememangnya membantu dan menjadikan sistem operasi kita lebih mudah dan sesuai. Dibawah merupakan perisian tambahan yang sememangnya mampu memberikan value-add kepada Ubuntu. Mari kita lihat satu persatu perisian yang menyokong Ubuntu dan membuatkan Ubuntu lebih bernilai kepada penggunanya.

1) Ubuntu Tweaks ( http://ubuntu-tweak.com/ )

Ubuntu Tweak merupakan satu perisian tambahan untuk tweak Ubuntu. Ia membantu pengguna terutamanya newbie bagi Ubuntu membuat sebarang konfigurasi dengan beberapa klik. Ubuntu Tweaks juga mempunyai pilihan tambahan bagi desktop dan persekitaran sistem yang mana tidak didatangkan bersama Ubuntu. Dengan bantuan Ubuntu Tweak, anda boleh mendalami Ubuntu dengan mudah.

2) Amarok ( http://amarok.kde.org/ )

Amarok merupakan perisian pemain muzik yang mempunyai fungsi hebat. Salah satu ciri utama ialah integrasi lirik lagu dan mampu sinkron (sync) bersama iPod dengan mudah.

3) Compiz/Beyrl – Paparan muka Ubuntu yang hebat ( http://www.compiz.org/ )

Paparan tetingkap asas bagi Ubuntu agak biasa sahaja, tetapi dengan menambah pemasangan Compiz didalam Ubuntu, anda akan mendapat pengalaman baru tentang pengurusan paparan tetingkap. Sedikit masalah dengan Compiz, ia memerlukan grafik yang tinggi dan amat bergantung kepada kemampuan kad grafik anda.

4) VLC – VideoLAN (http://www.videolan.org/vlc/index.html)

Memainkan video, CD atau DVD kegemaran anda tanpa sebarang sempadan protokol. VLC merupakan pemain video yang mampu menampung hampir semua format video yang ada di pasaran. Cukup mudah dengan hanya satu perisian.

5) Gnome DO ( http://do.davebsd.com/ )

Gnome DO merupakan perisian untuk memudahkan carian fail, data, malahan perisian lain dan melarikan perisian tersebut. Kelebihan utama Gnome DO ialah ia pemaparkan antarmuka yang cantik apabila membuat carian, tidak seperti alat pencari yang lain yang memaparkan carian secara senarai mendatar dan homogen.

BONUS! – Frozen Bubble

Satu permainan dalam Ubuntu, dengan pemasangan mudah

apt-get install frozen-bubble

Pastikan anda tidak ketagih dengannya!

Mungkin anda ada perisian lain yang boleh dikongsi bersama? Mari senaraikan dalam ruangan komen dibawah.


Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in PC dan Gajet, Freebies and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Ubuntu: 5 Aplikasi yang perlu ada

  1. bro..ubuntu ni support driver tak? hari tu test gak format w7..tapi driver tak support..ke memang certain komputer je boleh guna ubuntu?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge