Kita boleh melihat banyak tema yang menarik untuk Ubuntu atau Gnome dan pada kebiasaanya kebanyakkan tema ini boleh didapati di Gnome-Look atau Devianart. Dengan mudah kita boleh memasang ke dalam sistem operasi Ubuntu atau sistem linux lain yang menggunakan Gnome. Satu lagi sumber untuk mendapatkan tema yang menarik untuk pengguna Gnome secara am, atau Ubuntu ialah Bisigi. Pada permulaan, mereka menyediakan 9 tema untuk Ubuntu dan kini telah menyiapkan 12 tema yang boleh dipilih.
Apa yang menjadikan Bisigi lebih menarik ialah sumber atau repositori Bisigi boleh ditambah ke dalam Synaptic. Maka, semua tema ini boleh dipasang hanya dengan beberapa klik sahaja. Mari kita lihat cara menambah Bisigi ini ke dalam repositori
Meletakkan kunci GPG.
Buka terminal dan taipkan arahan berikut :
sudo apt-key adv –recv-keys –keyserver keyserver.ubuntu.com 0x1781bd45c4c3275a34bb6aec6e871c4a881574de
Menambah Repositori
Buka fail sources.list dengan menggunakan arahan berikut
sudo gedit /etc/apt/sources.list
Sekarang copy-paste repositori dibawah berdasarkan versi Ubuntu yang digunakan.
Ubuntu 9.10 Karmic Koala
deb http://ppa.launchpad.net/bisigi/ppa/ubuntu karmic main
Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope
deb http://ppa.launchpad.net/bisigi/ppa/ubuntu jaunty main
Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex
deb http://ppa.launchpad.net/bisigi/ppa/ubuntu intrepid main
Ubuntu 8.04 Hardy Heron
deb http://ppa.launchpad.net/bisigi/ppa/ubuntu hardy main
Sekarang simpan fail tersebut dan anda telahpun siap. Untuk mengemaskini keseluruhan repositori hanya perlu menaip arahan berikut
sudo apt-get update
Dan, siap keseluruhan konfigurasi.
Memasang tema Bisigi
Untuk memasang semua tema Bisigi, anda hanya perlu menaip arahan berikut pada Terminal
sudo apt-get install zgegblog-themes
Sekarang lihat pada konfigurasi tema dan pilihlah mengikut citarasa anda.
Kredit gambar: Bisigi


