pfSense: Pemasangan Asas

Seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini, pfSense merupakan firewall berasaskan freeBSD dan sumber terbuka. Entri ini akan menerangkan serba sedikit mengenai pemasangan pfSense secara asasnya.

Untuk memulakan pemasangan pfSense, kita hanya memerlukan sebuah komputer lama, 512 RAM dan 2 kad rangkaian sebagai WAN (internet) dan LAN (rangkaian lokal). Pastikan imej ISO pfSense telahpun dimuat turun dan burn ke CD atau DVD. Kemudian, set pada komputer BIOS agar mampu untuk boot dengan memacu CD sebagai pilihan utama.

Apabila pc dihidupkan, pfSense mampu bertindak sebagai sistem operasi sementara kepada komputer tersebut. Kita akan lihat pemasangan langkah demi langkah:

1) Pastikan anda telahpun muat turun imej pfSense (dalam bentuk ISO) DISINI dan hasilkan bootable CD dari imej tersebut. Set konfigurasi BIOS agar mampu boot dari pemacu CD atau DVD anda. Sebelum itu, bagi memastikan perkakasan anda sesuai dengan pfSense, layari laman web ini untuk maklumat lanjut: http://www.freebsd.org/releases/6.0R/hardware-i386.html.

Sepertimana telah dijelaskan, kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 kad rangkaian – pertama untuk LAN dan kedua untuk WAN. Anda juga boleh meletakkan lebih kad rangkaian untuk fungsi tambahan seperti Wireless dan juga DMZ.

Sekarang kita akan boot dengan menggunakan CD psSense tadi. Secara amnya, skrin FreeBSD akan muncul memaparkan 7 pilihan. Pilih “option 1” dan ia akan melancarkan perisian pfSense. Berikut merupakan paparan konfigurasi asas pfSense setelah pelacarannya

“Do you want to set up     VLAN’s now [y|n]?”  taip ‘no’ atau ‘n’.

Seterusnya konfigurasi rangkaian

“Enter your LAN interface name”,  (disini akan menggunakan ‘rl0’.)

Disini, nama rangkaian bergantung kepada perkakasan yang kita ada. Kemudian,

“Enter your WAN interface name”  (disini akan menggunakan ‘rl1’.)

Akhirnya paparan skrin akan muncul

“The interfaces will be assigned as follows:”
LAN  -> fxp1
WAN ->  fxp2

Do you want to proceed [y|n]?                      (masukkan ‘y’ disini).

Sekarang pfSense dilarikan dalam RAM. Asasnya, IP pfsense untuk LAN ialah 192.168.1.1. Untuk mengubahnya, pilih ‘option 2’ dan tukar mengikut konfigurasi rangkaian anda. Pengguna asas pfSense ialah ‘admin’ dan kata laluan ‘pfsense’. Untuk menukarnya,layari http://(alamat IP pfSense)/ dan konfigurasi asas akan muncul.

Langkah 2 – Pemasangan di HDD

Oleh kerana pfSense masih dilarikan dama RAM, semua konfigurasi akan hilang jika perkakasan reboot atau dimatikan. Pada paparan skrin pilih ‘option 99’ untuk memasang pfsense didalam HDD bersama konfigurasi yang telah dibuat tadi.

Pemasangan pfSense menggunakan keseluruhan HDD adalah yang terbaik. Seterusnya, hanya perlu “accept” keseluruhan proses pemasangan ke dalam HDD dan reboot. Pastikan CD pfsense dikeluarkan dari pemacu sebelum itu. Setelah itu, bolehlah melakukan konfigurasi tambahan dengan menggunakan web GUI.

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in PC dan Gajet, Freebies and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge