Google Chrome OS a.k.a Chromium OS

chromiumGoogle Chrome OS merupakan satu projek oleh Google Inc. untuk membangunkan sebuah sistem operasi yang ringan bertujuan mengoptimasikan sepenuhnya “World Wide Web” (salah satu internet protokol).  Diumumkan pada 7 Julai 2009, ia dianggarkan bakal keluarkan pada pertengahan tahun 2010. Rekaan awal Google Chrome OS adalah untuk netbook yang mampu menyokong pemproses x86 atau ARM.

Semalam, pada 19 November 2009, Google telah melancarkan sistem operasi ini sebagai projek sumber terbuka dan digelar Chromium OS. Sebelum ini, ramai memperkatakan ia bakal menggunakan sistem tetingkap baru, tetapi telah dipastikan Chromium OS akan menggunakan X.Org Server (paparan antaramuka bagi kebanyakkan versi Linux).

Menurut Google, Chromium OS direka dengan pendekatan “Minimalist” (ringkas dan padat) sepertimana pelayar web Chrome. Sistem Operasi ini akan bergantung kepada Cloud Computing dimana semua perisian akan dicapai dari luar sistem. Oleh itu, Chromium OS disasarkan kepada pengguna yang banyak menggunakan masa di Internet.

Informasi lanjut mengenai Chromium OS boleh dilayari DISINI. Penerangan mudah bagi sistem operasi baru ini boleh dilihat di laman web YouTube.

Pasti, ramai yang ingin mencubanya kelak.

Kredit gambar : Chromium OS

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in PC dan Gajet, Informasi Semasa and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge