Edubuntu ialah Ubuntu untuk Pembelajaran

Seperti mana entri sebelum in berkenaan Ubuntu, Canonical juga mengeluarkan beberapa versi Ubuntu lain seperi Edubuntu.

Edubuntu merupakan sistem operasi dan konfigurasi yang sama dengan Ubuntu, ia dimuatkan dengan pelbagai perisian dan permainan berasaskan pembelajaran. Secara amnya, Edubuntu mempunyai beberapa peringkat perisian khas untuk pengguna mengikut peringkat umur. Aplikasi dibawah akan dipasang mengikut kesesuaian

  • ubuntu-edu-preschool – Pra sekolah (< 5 tahun)
  • ubuntu-edu-primary – Rendah (berumur 6-12)
  • ubuntu-edu-secondary – Menengah (berumur 13-18)
  • ubuntu-edu-tertiary – Tertier (peringkat universiti)

Cara memasang adalah sama seperti Ubuntu, dan hanya perlu menambah aplikasi mengikut peringkat umur sahaja. Berikut merupakan senarai ringkas perisian yang telah dimuatkan didalam versi Edubuntu. Semua perisian ini akan berada di : Application >> Education.

  • Gcompris Educational Suite menyediakan banyak permainan dan teka-teki untuk peringkat umur 2 hingga 10 tahun.
  • Gcompris Administration membolehkan pengguna mengawal dan melihat kemajuan pelajar yang menggunakan Gcomris suite.
  • KAlgebra membantu menyelesaikan permasalahan Algebra
  • Kig ialah geometri interaktif.
  • KTouch merupakan tutor menaip yang mempunyai kebolehan membina pengajaran sendiri.
  • KTurtle ialah alat untuk program TurtleScript
  • KWordQuiz program kuiz untuk kad flash
  • Marble merupakan glob virtual untuk negara-negara didunia
  • Parley ialah program kuiz untuk pelajari bahasa baru
  • Step membantu dalam simulasi eksperimen fizik.
  • Tux Paint ialah program lukisan yang hampir sama seperti Paint di dalam Windows
  • Tux Typing merupakan permainan dan tutor untuk menaip

Aplikasi Sains

  • KStars merupakan planetarium, memberikan simulasi terhadap planet, bintang, asteroid dan objek lain.
  • Kalzium merupakan Jadual Berkala Kimia

Permainan tambahan:

  • Atomix merupakan teka-teki molekul.
  • Tux Math permainan interaktif matematik.
  • Potato Guy memberikan pakaian kepada Potato Guy (hanya sesuai untuk kanak-kanak!).

Secara tidak langsung, Edubuntu meberikan sistem operasi untuk pembelajaran yang cukup hebat dan ianya adalah PERCUMA! Penambahan bersama Open Office for Kids sememangnya menjadikan Edubuntu sistem operasi lengkap untuk pendidikan

Kredit gambar : Edubuntu



Related Posts

  • Pelajar Baru Diploma Tahfiz ITQAN 2010 Pelajar Baru Diploma Tahfiz ITQAN 2010
    Insititut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan merupakan sebuah Institusi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang dikendalikan oleh Bahagian ...
  • Pencapaian SPM 2009 membanggakan Pencapaian SPM 2009 membanggakan
    Seramai 7,987 atau 1.99 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A dan ...
  • ClamAV: Antivirus untuk Linux ClamAV: Antivirus untuk Linux
    ClamAV merupakan perisian antivirus untuk Linux yang paling popular. Ia berfungsi sama seperti antivirus di pasaran yang ...
  • Wajah baru Ubuntu 10.04 Lucid Lynx Wajah baru Ubuntu 10.04 Lucid Lynx
    Ubuntu versi terbaru bakal keluar pada sekitar April dengan kod nama Lucid Lynx. Banyak penambahbaikkan yang telah dilakukan terhadap sistem operasi ini termasuk paparan grafik. Begitu banyak ...

Advertisement

Malaysia Web Hosting

Lanjutan mengenai Penulis

Editor telah menulis 82 artikel/entri di laman ini.

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?

Apa kata anda ...?

Blog in mempunyai sokongan Gravatars untuk memperlihatkan personaliti anda. Dapatkan gravatar anda secara percuma!

CommentLuv Enabled

Malaysia Web Hosting
Copyright © 2010 Anjung Web. All rights reserved.
Anjung Web Forum  | Blogged.my