ClamAV merupakan perisian antivirus untuk Linux yang paling popular. Ia berfungsi sama seperti antivirus di pasaran yang mana akan mengimbas virus yang terdapat dalam Windows ( sedikit kelakar disini… ). ClamAV juga merupakan perisian yang menggunakan CLI ( Command Line Interface ) untuk memberikan arahan yang sepatutnya kepada perisian ini. Namun, ada beberapa paparan grafik yang dibina secara berasingan untuk perisian ini agar memudahkan penggunaannya. 2 yang paling popular ialah ClamTk (untuk Gnome) dan KlamAV (untuk KDE ).
ClamTk
ClamTk merupakan antaramuka ClamAV untuk pengguna Gnome. Cara memasang ClamTk didalam Ubuntu ialah dengan menaip arahan dibawah didalam Terminal
sudo apt-get install clamtk
Ia boleh dilancarkan pada menu utama iaitu Application >> System Tools >> ClamTk. Beberapa contoh antaramuka ClamTk boleh dilihat dibawah:
Menjadual kemaskinian dan imbasan
KlamAV
KlamAV pula adalah khas buat pengguna Linux yang menggunakkan KDE sebagai pengurus Desktop mereka. Cara memasang antarmuka ini cukup mudah, dengan menaip arahan berikut
sudo apt-get install klamav
Ia akan dipaparkan di : Applications >> System Tools >> Klamav. Dibawah merupakan beberapa contoh antaramuka KlamAV.
Menjadula kemaskinian dengan KlamAV
Jadi, Linux juga mempunyai antivirus tersendiri walau bukan untuk dirinya semata-mata ….





avg dan avast pun ada kan?
pernah juga aku try untuk guna avira.. tapi gagal T_T
@TMUkmkd,
Memang ada, tapi entri ni khas untuk Clam AV
Warghh betul2 secure…
@zik,
Pastikan betul2 secure, baru tido lena