Windows 7: Versi RC “Shutdown” Mac

Satu pengumuman buat pengguna Windows 7 versi RC (Release Candidate 7100), tarikh akhir penggunaan versi ini akan tamat dan mereka perlu menaik taraf sistem operasi tersebut kepada versi penuh yang sudah pun berada di pasaran. Versi percuma yang dilancarkan oleh Microsoft ini bakal tertutup secara automatik bermula 1 Mac 2010.

Notifikasi setiap 2 jam itu akan mengingatkan pengguna bahawa komputer mereka akan – begin experience bihourly shutdown. Menurut Microsoft lagi, peringatan akan dikeluarkan secara berperingkat seperti di bawah:

1) Bermula 15 Februari

– Notifikasi tamat tempoh akan terpapar pada task bar sekali setiap hari

– Notifikasi popup dilancarkan setiap 4 jam dan kemudian setiap jam.

2) Bermula 1 Mac

– Paparan notifikasi pada taskbar akan sentiasa muncul

– PC akan auto restart setiap 2 jam

– Semua kerja, tugasan tidak akan tersimpan.

3) Bermula 1 Jun

– Windows 7 akan boot kepada skrin hitam

– Skrin pengaktifan Windows akan mengingatkan bahawa sistem operasi anda tidak asli

– Reboot setiap 2 jam akan terus berjalan.

Berikut merupakan pernyataan dari Windows 7 Team Blog.

“For the RC, bi-hourly shutdowns will begin on March 1st, 2010. You will be alerted to install a released version of Windows and your PC will shut down automatically every 2 hours. On June 1st, 2010 if you are still on the Windows 7 RC your license for the Windows 7 RC will expire and the non-genuine experience is triggered where your wallpaper is removed and ‘This copy of Windows is not genuine’ will be displayed in the lower right corner above the taskbar.”

Bagi pengguna yang masih ingin menggunakan Windows 7, anda perlu menaik taraf atau ada rekomen tidak rasmi bahawa anda masih boleh memasang Windows 7 RTM (binaan 7600) yang mana merupakan versi sebelum RC.

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Informasi Semasa and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Windows 7: Versi RC “Shutdown” Mac

  1. avatar azrin says:

    Dah kater release candidate…

    hang nak Windows 7 Enterprise N ker? aku ader….

    azrin @ http://azrin.info

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge