Pelayar Chrome untuk Ubuntu Linux

ChromeGoogle telah pun melancarkan pelayar web yang dikenali sebagai “Google Chrome” untuk Linux. Walaupun pelayar ini masih dalam fasa beta buat Linux, ia patut dicuba kerana banyak kelebihan pada pelayar ini. Ia menyokong versi Debian dan RPM dengan mudah. Ini bermakna pemasangan pada Ubuntu hanya perlu beberapa klik menggunakan tetikus anda. Cukup mudah! Jadi, proses pemasangan ini juga akan ditunjukkan dengan beberapa langkah sahaja.

Beberapa kelebihan utama berbanding pelayar web lain ialah:

1) Pantas : Pelayar web Google Chrome ini jauh lebih pantas apabila dilarikan dan juga ketika melayari internet. Ini kerana pelayar Google Chrome mampu memproses lebih cepat.

2) Menu Tab: Ia mempunyai menu tab tersendiri yang lebih mudah serta mesra pengguna.

3) Carian + Alamat : Pelayar ini mempunyai gabungan kotak carian dan kotak alamat internet. Hanya terdapat pada Google Chrome. Membuatkan carian lebih tersusun dan pantas.

4) Rekabentuk “minimalist” : Rekaan antaramuka Google Chrome adalah sangat minima. Ini membolehkan pengguna dapat memahami cara menggunakan pelayar ini dengan pantas dan mudah.

Mari kita lihat cara pemasangan di Ubuntu:

Muat turun pelayar web ini (Google Chrome) DISINI.

accept1

Kemudian pilih pakej perisian agar sama dengan sistem operasi serta perkakasan anda. (Contoh ini menggunakan 32 bit .deb dan sistem operasi Ubuntu ). Terima “TOS” yang dijelaskan oleh Google.

Accept

Paparan muat turun akan muncul, anda boleh memilih untuk simpan dahulu perisian ini atau terus memasangnya. Pilih “GDebi Package Manager” jika mahu memasang perisian ini.

Gdebi

Klik “Install” apabila paparan berikutnya muncul

Install

progress

Itu sahaja. Pelayar ini boleh dilancarkan dengan klik pada applikasi bar Ubuntu : Application >> Internet >> Google Chrome

desktop1

Adakah anda ingin mencubanya?

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Informasi Semasa, Freebies and tagged , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Pelayar Chrome untuk Ubuntu Linux

  1. Pingback: Tweets that mention Pelayar Chrome untuk Ubuntu Linux -- Topsy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge