Pak Guard naik gaji…

Bermula pada bulan Julai, gaji pekerja keselamatan atau jaga akan mempunyai gaji pokok sekitar RM 1,100 hingga RM 1,450. Berita ini sememangnya satu berita yang amat menggembirakan pekerja keselamatan di negara kita yang juga terpaksa bersaing dengan pekerja asing terutamanya dari Nepal.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 190,000 pengawal keselamatan akan menikmati kenaikan gaji pokok antara 67 peratus hingga 75 peratus kepada RM1,100 hingga RM1,450, mulai 1 Julai depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pekerja sektor keselamatan ketika ini menerima gaji pokok antara RM300 hingga RM400.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen semalam, beliau berkata keputusan menaikkan gaji itu dilakukan mengikut Akta Majlis Penetapan Gaji 1947. “Saya mengharapkan dengan kenaikan gaji pokok itu, dapat menarik lebih ramai warga tempatan menyertai sektor keselamatan, sekali gus mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing,” katanya.

Ketika ini ada antara 30,000 hingga 40,000 pengawal keselamatan warga asing.

Subramaniam berkata, Majlis Penetapan Gaji juga sedang menyediakan kertas kerja bagi pekerja di sektor perkhidmatan, elektronik dan tekstil.

Sumber berita: Berita Harian Online

Sektor lain juga sedang diberi pertimbangan untuk meyelaraskan gaji minimum. Memang satu langkah yang bagus tetapi cuma sektor perkhidmatan, elektronik serta tekstil sahaja?

Cadangan:

Buat tangga gaji umum termasuk pemegang diploma dan ijazah tanpa mengira sektor. Gaji minimum Diploma ialah RM 1,900 dan Ijazah RM 2,500. AMACAM? SETUJU?

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Informasi Semasa, Editorial and tagged , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Pak Guard naik gaji…

  1. avatar RozaniGhani says:

    macam gambar mak guard je kat atas tu.
    .-= RozaniGhani´s last blog ..Menangi Percutian Percuma Ke Bandung =-.

  2. avatar Mus says:

    Aku setuju dengan cadangan tu..
    kesian pak guard

  3. avatar bh says:

    setuju..lepas ni harap belia kita tak memilih kerja kan?
    .-= bh´s last blog ..Dari Manusia Untuk Manusia =-.

  4. avatar sudin says:

    Bagus2 lah kurang juga beban duit pak gd tapi kalau majikan tak ikut masa bayar gaji ni masalah juga..jadi majikan mesti faham…

  5. avatar marki says:

    bagus ler guard dah naik gaji.berbaloi ngan keje diorang yg boleh mengancam nyawaa..cuma kepada company .jgnlah lambat2 gaji diorang..
    .-= marki´s last blog ..Projek “Alpha” Haku: Buah Durian Balik Pulau =-.

  6. avatar Syafrizal says:

    elok la dinaikkan gaji.. kesian kat pak guard2 semua. bersabung nyawa untuk sesuap nasi
    .-= Syafrizal´s last blog ..Sedarkah anda mempunyai masalah usus? =-.

  7. avatar zik says:

    tentang cadangan tuh…setuju!!! … erm baru nak buat pasal pak guard naik gaji nie… tapi dah buat ..okla… nie… :-)
    .-= zik´s last blog ..Alternatif hentian puduraya! =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge