Open Office 4 Kids atau lebih dikenali dengan OOo4Kids merupakan satu perisian untuk kanak-kanak. Secara amnya, OOo4Kinds berasaskan OpenOffice yang telah dipermudahkan untuk kanak-kanak sekitar 7 hingga 12 tahun.
Antarmuka grafik OOo4Kids dibangunkan dengan mengurangkan butang pengguna antaramuka agar memudahkan pengguna. Perbezaan ketara antara Open Office 4 Kids dan OpenOffice ialah kemampuan perisian dikurangkan (JAVA dan BASE sebagai contoh). Kelebihannya, perisian OOo4Kids dapat dijalankan dengan lebih pantas walaupun tanpa kofigurasi perkakasan yang tinggi.
Buat masa ini OOo4Kids masih lagi dalam proses pembangunandan berada pada versi beta (0.5.1), tetapi perisian ini telah dilepaskan kepada umum untuk dimuat turun. Perisian ini juga boleh dipasang pada sistem operasi utama pengguna iaitu Windows, Linux dan Mac.

Bagi mereka yang berminat untuk memberi sumbangan, bolehlah melawat laman web mereka. Bantuan tidak semestinya dalam bentuk wang malahan penulis dan pengaturcara juga diperlukan. Ini kerana OOo4Kids ialah organisasi tanpa keuntungan dan membangunkan perisian sumber terbuka.
Jadi apa tunggu lagi? Laman web mereka DISINI.
Kredit gambar: OOo4Kids