Mozilla Thunderbird 3.0 dilepaskan

thunderbird3Mozilla merupakan pengeluar perisian sumber terbuka yang terkenal dengan pelayar web Firefox kini telah melepaskan klien email Thunderbird 3.0. Perisian ini boleh dimuat turun DISINI.

Paparan antaramuka Thunderbird 3.0 lebih minima dan mudah. Memperlihatkan ia lebih seperti langganan email secara web. Ciri-ciri terbaru yang telah dimuatkan dalam perisian ini ialah:

1) Paparan menu tab dan kotak carian: Sepertimana Firefox, email boleh dibuka pada menu tab baru serta memudahkan bacaan tanpa keluar dari tetingkap asal perisian. Carian juga akan dibuka pada menu tab yang baru, jadi tidak perlu navigasi yang memeningkan kepala.

2) Arkib mesej : Kemampuan Thunderbird 3.0 ditingkatkan dengan arkib email. Ini membolehkan pengguna menyimpan email terdahulu di ruang yang lain serta memindahkannya mengikut kemahuan pengguna.

3) “Look and Feel” : Kebolehan sepertiman Firefox, perisian ini juga memperlihatkan paparan secara minima dan pengguna boleh menukar “skins” mengikut selera masing-masing. Pelbagai tema juga disediakan untuk pengguna.

4) Direktori bijak: Thunderbird 3.0 mampu menguruskan perbagai akaun email pengguna dengan penggabungan folder serperti Inbox, Sent, mahupun Archieve. Jadi, semua email baru atau lama bole dilihat dalam satu direktori sahaja tanpa navigasi tambahan.

5) “Add-on” : pengurusan tambahan serta fungsi lain yang dikehendaki boleh diubah mengikut citarasa pengguna. Email anda hak anda bukan?

Sudah pasti saya akan menggunakan perisian Thunderbird 3.0 ini dengan kelebihan yang ada. Cubalah, anda mungkin akan menjadi peminat Thunderbird 3.0 terbaru ini.

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Informasi Semasa, Freebies and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge