Kepada mereka yang menerima email palsu a.k.a scam dari Maybank, pastikan alamat web dan email adalah alamat yang betul sebelum membuat sebarang log masuk.
Sangat berbahaya terutama kepada mereka yang tidak menyedari alamat web scam ini
Contoh email yang diterima dan alamat web scam dari pihak yang tidak bertanggungjawab seperti dibawah
Alamat web yang dilihat sama seperti alamat web Maybank tetapi….
Jika diperhatikan, alamat web yang tertera bukan alamat web Maybank. Jadi berhati-hatilah ketika menerima email seperti ini.
Kredit : Forum Lowyat , amd9999 ( http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=1334473 )
dan blog Malaysia life




saya pun banyak menerima email sebagini tp sy terus delete .. hanya buka melalui laman website asal .. x penah buka link
baguslah begitu, orang yang selalu mendengar mengenai scam ni memang berhati-hati..