Internet Explorer: Risiko Keselamatan di Eropah

Kerajaan Jerman telah mengeluarkan amaran mengenai penggunaan Microsoft Internet Explorer untuk melayari internet kerana kelemahan keselamatannya. Pihak BSI ( Federal Officer for Information Security ) menasihati kerajaan Jerman agar tidak lagi menggunakan sebarang versi Internet Explorer selepas masalah keselamatannya membawa kepada serangan kepada Google dan lain-lain oleh hackers dari China.

Peranchis juga mengikuti langah Jerman dan mengeluarkan amaran yang sama kepada pengguna internet negara itu terutamanya pengguna dibawah kerajaan. Tindakan yang sama juga mungkin akan diambil terhadap produk Microsoft yang lain. Microsoft mengaku bahawa pelayarnya mempunyai kelemahan terhadap serangan pengodam yang memasuki akaun email aktivis kemanusiaan.

Walau bagaimanapun Microsoft tidak bersetuju dengan cadangan serta amarana yang telah diutarakan dengan menyatakan para pengguna sepatutnya sudah meningkatkan pelayar mereka kepada versi terkini, IE 8. Dikatakan kod berbahaya tersebut hanaya mampu bertindak terhadap versi terdahulu iaitu IE 6. Pengguna hanya perlu meningkatkan tatacara keselamatan kepada “High”.

“Serangan ini tidak menumpukan terhadap pengguna umum atau konsumer”. kata Thomas Baumgaertner, jurucakap Microsoft di Jerman, dengan menambah bahawa serangan terhadap Google dilakukan oleh “mereka yang bermotivasi tinggi dengan agenda yang sangat khusus”.

Jadi apa yang bole dilakukan?

> Muat turun pelayar lain: Mozilla Firefox, Apple Safari, atau Google Chrome sebagai alternatif lain

> Naik taraf IE: Internet Explorer 8

> Tingkatkan keselamatan pelayar web: Tips dari CERT

Apa tindakan anda?

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Informasi Semasa and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Internet Explorer: Risiko Keselamatan di Eropah

  1. avatar Anonymous says:

    Test Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge