Google memperkenalkan BUZZ

Google telah melancarkan satu lagi produk terbarunya iaitu Google Buzz, merupakan satu lagi media sosial untuk bersaing dengan laman media sosial yang lain seperti Facebook dan Twitter. Google Buzz merupakan satu cara baru untuk berkomunikasi berkaitan perkara yang anda minati.

Fungsi terbaru ini dimuatkan terud kedalam servis percuma Google iaitu Gmail. Pengguna boleh meletakkan status mereka yang dikenali sebagai Buzz dan berkongsinya dengan laman media lain seperti Twitter, YouTube, Flickr, dan Picassa.

Laman baru ini juga mempunyai elemen seperti Twitter, yang mana pengguna boleh menjadi pengikut dan berkongsi berita terkini. Buzz juga mempunyai fungsi seperti Facebook seperti kebolehan untuk mengundi “suka” kepada kandungan yang dikemaskini.

Video penerangan mengenai Google Buzz

Google Buzz didalam aplikasi telefom bimbit

“We focused on making the sharing experience really rich by integrating photos, videos, and links. No more fuzzy little pictures: Buzz makes it easy to quickly flip through photos and experience them the way they were meant to be seen: big and full-resolution. And videos play inline so you can watch them without opening a new window. You can choose to share publicly with the world or privately to a small group of friends each time you post”

– sumber dari Google blog

Google akan meletakkan fungsi ini kepada semua pengguna akaun Gmail secara berperingkat seramai 170 juta akaun. Buat masa ini Facebook masih lagi merupakan laman media sosial paling popular dengan keahlian 400 juta orang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara penggunaan Google Buzz – boleh layari DISINI.

Adakah anda juga seorang pengguna Google Buzz? Adakah anda meminatinya atau tidak?

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Informasi Semasa and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge