Keinginan untuk membeli hosting sendiri memang telah berada di fikiran untuk beberapa lama, namun dipendamkan sahaja kerana kesibukkan dan tiada pengalaman dalam membina laman web sendiri. Setelah membuat sedikit survey dan berkenalan dengan WordPress yang mampu menjadi web, blog dan CMS. Terjunan dilakukan untuk membeli hosting.
Membeli hosting juga boleh dikatakan hampir sama dengan membeli kenderaan atau komputer baru. Mungkin kenderaan yang ingin dibeli mempunyai pelbagai gajet terkini, sistem audio hebat malah diskaun yang tinggi. Namun, adakah semua itu mampu memenuhi keperluan harian dan tujuan ia dibeli?
Tak kiralah apa pun, asas utama membeli ialah memastikan barang yang dibeli mampu menjalankan fungsi terbaiknya beerdasarkan tujuan pembelian tersebut. Dengan meletakkan tujuan tersebut di dalam kepala, berikut merupakan tips bagi membeli hosting yang boleh mengelakkan kita dari masalah akan datang.
1) Pangkalan data yang terlalu sedikit
Semua perisian blog, laman forum atau aplikasi web sekalipun memerlukan pangkalan data untuk berfungsi. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan hosting mungkin memikirkan mereka hanya memerlukan 1 atau 2 pangkalan data sahaja. Pada pandangan saya, ini bakal mengundang masalah yang cukup besar di kemudian hari. Ini kerana ia bakal menghadkan anda untuk berkembang serta membuat eksperimen baru ( dan ya, anda memang mahu membuat eksperimen )
Disebabkan had ini, mungkin kita akan dikenakan cas tambahan atau upgrade hosting kepada yang lebih tinggi dengan kos yang tidak dijangkakan.
2) Domain terlalu sedikit dibenarkan.
Selalunya, web hosting menghadkan nama domain sekitar 1 hingga 5 sahaja dan ini sebenarnya mengurangkan flexiblity dalam hosting. Tetapi perkara yang perlu dilihat ialah adakah ia juga mempunyai had dalam sub domain. Ini kerana bagi pengendali laman web atau blog akan ada beberapa subdomain lain untuk menyokong domain utama. Ia akan berkembang mengikut pengalaman dan perjalanan sesuatu laman tersebut.
Selalunya, idea akan muncul secara tiba-tiba dan kita ingin mengaplikasikannya di dalam hosting tetapi tidak dapat dilakukan kerana kekangan ini. Sekali lagi kita terpaksa menaik taraf hosting dan ia memerlukan kos!
3) Sokongan Pembangunan yang perlahan.
Sebagai contoh, WordPress terkini memerlukan MySQL 5.0 tetapi hosting anda masih mengunakan MySQL 4.0 dan ini menjadikan blog anda tiada fungsi terkini blog serta menjadikan hosting tersebut kurang selamat.
Pastikan hosting anda mempunyai sokongan pembangunan yang cepat dan mengikut kemaskinian terbaru. Jika tidak, pasti mereka bukanlah pengendali hosting yang professional malah jika server pun susah dikemaskini, apatah lagi tiket atau aduan pelanggan? Cukup merbahaya bukan?
4) “Downtime”
Laman web atau blog perlu sentiasa up and running pada sepanjang masa. Pengunjung laman web akan merasa bosan dan tidak lagi membuka laman tersebut jika seringkali tidak berfungsi seperti sepatutnya.
Jadi, dalam pemilihan hosting, seringkali kita melihat banyak kelebihan sesuatu hosting tersebut tetapi tidak memikirkan apakah keperluan sebenar laman web kita. Dan, lebih suka untuk memilih hosting yang paling murah kerana mahu jimat tetapi sebenarnya kos yang lebih tinggi perlu ditanggung pada masa akan datang…..
Adakah anda juga mengalami masalah ini? Atau mempunyai tips tambahan yang boleh dikongsi bersama?
bagus~bercakap pasal hosting ni hang pakai hosting ape?
pembaca nak taw gak hee
pakej ape? ape kelebihannya.
kena buat satu entri ni haha~aku da bagi idea baik punya
haha… ini yang payah ni, setiap hosting tu ada kelebihan masing2
aku dulu pernah pakai rawanaz.. memang murah tapi support tak best… aku tengok ader promotion pasal Qiilans87 fivio hosting package, terus sentap! skang nie dah ader 2 package aku beli ngan diorang..
@Frantz-Senpai, aku pun dengar fivio ok. cuma belum ada kesempatan nak try diraorang punya servis lagi…
Setakat ini masih berpuas hati dengan hosting sedia ada. Respon pantas dan harga pun menarik
@imran, Ya betul, harga takla murah tapi tidaklah mahal. Response pun cepat.
Setuju… kepuasan itu penting… biar bayar mahal asal mantop servis! …
@zik,
Yup, nanti nak berblogging pun takde motivasi sebab selalu masalah kan?
sungguh berinformasi,
dan thanx singgah ke blog haku yang tiada apa apa itu,
salamm juga,
@tunbegia,
salam, thanks juga sebab singgah sini. datanglah selalu
bagi aku pulak setiap hosting ada baik dan buruknya. tapi perkara paling penting ialah u get what u pay. macam aku pakai hosting cikai. nak taknak kena terima la bila server down.
Haha.. ini macam kes “berani buat berani tanggung” je
salam,
bagus tip ni, aku sokong, walaupun hosting aku agak mahal sikit tapi bulan depan masuk setahun tak pernah server down, function macam2…dan depa offer diskaun RM40 untuk renewal….ngehehe..hidup datakal
Itulah, kadang-kadang sebab murah punya pasal, pening kepala jadinya.
aku pun kurang pasti adakah hostng aku ni bagus ke tak hohoho
entah la.. aku baru berjinak2
Takpe, kalau hosting tu tak menyakitkan hati boleh kira ok tu…
thanks for the tips.. also its credibility.. the last hosting i got got hacked.. lol.. now im with another one. =)
Yup, agreed with you.