Pandangan Ustaz Mengenai Pelaburan Forex

Fofex adalah suatu perniagaan pertukaran mata wang asing yang berlaku setiap masa iaitu 24 jam di dunia. Forex ialah sepertimana pelaburan pertukaran wang asing yang dijalankan pada setiap Negara tanpa henti. Forex juga merupakan perniagaan pelaburan baru, jadi sebutan dikalangan masyarakat Negara ini tak silap saya pada tahun lepas heboh tentang pelaburan forex. Ramai juga kawan-kawan sejabatan dengan saya masuk pelaburan ini. Sebenarnya saya kurang mengetahui sangat tentang forex ini. Tetapi berdasarkan tanggungjawab atas permintaan anda, saya cuba mengkaji sedikit sebanyak mengenai forex ini. Jika ada apa-apa kelemahan saya mohon maaf.

Pelaburan forex ini, sepengetahuan saya mempunyai brokernya yang tersendiri. Pelabur yang berminat dengan pelaburan ini akan melantik broker tersebut untuk menguruskan perniagaannya. Jika didapati untung atau apa-apa transaksi berlaku, broker kenakan bayaran yang dipersetujui oleh dua belah pihak.

Menurut Prof. Drs. Masjfuk Zuhdi di dalam bukunya yang berjudul Masail Fiqhiyah menyatakan perdangangan atau pelaburan Forex diharuskan dalam Islam. Hal ini berdasarkan masalah transaksi mata wang menurut Islam ialah :

Adanya ijab dan kabul seperti adanya perjanjian untuk memberi dan menerima. Akad ijab dan kabul dilakukan dengan lisan, tulisan dan utusan. Pelabur dan pihak syarikat broker mempunyai kuasa yang penuh.

Memenuhi syarat transaksi seperti suci barangnya, dapat dimanfaatkan, dapat transaksi mata wang secara jelas, jelas pelaburan dan harganya, pelabur boleh menjual sendiri atau jual melalui brokernya. (Ingatan jika transaksi tidak jelas adalah haram)

Menurut pandangan Ustaz Zaharuddin menyatakan bahawa displin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk informasi, ulama bersepakat bahawa matawang (bank note) juga adalah sama displinnya dengan emas dan perak disebabkankan nilai dan fungsinya sebagai ‘medium of exchange’. Justeru setiap displin dan syarat transaksi yang melibatkan emas dan perak juga terpakai pada urusan transaksi matwang. Demikian keputusan Majlis Fiqh Antrabangsa dan juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah AAOIFI. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)”. (Riwayat Muslim)

Ingatan saya kepada semua, pelaburan yang dijalankan dengan syarikat forex atau brokernya mestilah terlebih dahulu menyelidiki status syarikat, pendaftaran syarikat dan syarikat tersebut benar-benar wujud. Dalam Islam setiap transaksi atau perniagaan mestilah jelas dan memenuhi syarat perniagaan dalam Islam seperti akad, penjual, pembeli, barang yang dibeli mestilah jelas. Jika hal ini tidak dipenuhi dan diingkari, maka pelaburan forex tersebut menjadi haram.

Nasihat saya kepada semua, jika anda rasa pelaburan ini ragu-ragu dan didapati tidak jelas, lebih baik anda elakkan kerana ini merupakan subhah (ragu-ragu dengan status halal haramnya). Menghindari perkara yang subhah lebih baik dari melakukannya, kerana dikuatiri jatuh kepada haram. Selidikinya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk masuk, kerana dikhuatiri adanya unsur penipuan. Bagi pendapat saya lebih baik anda melabur kemana-mana tempat yang sah dari syariat Islam dan diakui halal oleh penal syariah atau Majlis fatwa Malaysia dan kurang risikonya. Pihak yang mengurus pelaburan kita juga jelas terpangpang di depan kita, banknya atau syarikatnya wujud, jelas dan nyata.

Sumber: Ustaz Nor Amin

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Info Muslimin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Pandangan Ustaz Mengenai Pelaburan Forex

  1. avatar imran says:

    Saya sendiri pernah terlibat dengan forex sebelum ini iaitu sekitar awal 2009. Dalam tempoh 3 bulan saya mampu menjana USD30 kepada USD400. Pada awalnya banyak juga rujukan saya untuk menyertainya. Namun setelah memahami konsep sebenar forex. Terus RESIGN 24 jam dan duit tersebut disedekahkan pada masjid.

    p/s : Anda telah mendapat award 😀

    • avatar jusoh says:

      saudara Imran cakap ‘setelah memahami konsep forex’ saudara terus resign..kongsilah dengan kami..maksud tuan konsep yang bagaimana tu?

    • avatar Editor says:

      ya ka? semoga rezeki kita tu dari sumber yang halal 😉

    • avatar Jumrianti says:

      assalamualaikum..
      En.amran sy jumrianti dari excellent revenue resources.mgkin en berminat untuk join forex skali lagi..kami mjalankan forex dalam pertukaran mata wang euro..kalau en.amran berminat untuk mgetahui bkenan perniagaan forex ini en boleh terus mghubungi saya d talian 089-773298.sekian terima kasih.

  2. avatar Editor says:

    Yup, sebab nak cepat dapat duit, kena tipu dan duit terbang. Carilah yang halal 😉

  3. avatar zik says:

    Betul2 sebelum nak melabur dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar… dan betul2 shahih… :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge