Kepercayaan Mistik dan Tahyul Masyarakat Islam

Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita tanamkan dalam diri kita perasaan takut dan gerun kepada Allah SWT.  Takut maksud ia yakin dan percaya bahawa tiada makluk lain yang mempu menandingi kekuasaan dan hanya Allah SWT sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Mimbar jumaat pada hari ini akan membicarakan mengenai ” kepercayaan mistik dan tahyul dalam masyarakat islam “.  Mistik menurut kamus dewan ialah keadaan graib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia yang mengandungi keanihan dan keajaiban.  Manakala tahyul pula ialah kepercayaan yang karut dan bersifat jahil.  Cerita dan minat terhadap tahyul dan mistik bukan merupakan isu baru dalam masyarakat islam di Malaysia, sebaliknya telah berakar umbi sejak zaman nenek moyang lagi.  Kisah mistik dan tahyul sentiasa menarik minat masyarakat islam sehingga pameran jin dan alam misteri yang pernah dianjurkan suatu masa dahulu mendapat sambutan yang luar biasa.  Begitu juga dokumenteri dan filem mengenai mistik dan tahyul yang ditayangkan hampir dalam setiap saluran television turut mencatat bilangan penonton yang tinggi.

Ilmu mengetahui  pelesit, langsuir, puntianak, pocong, toyol dan hantu raya, merupakan nama-nama hantu yang sebati dalam minda orang melayu. Begitu juga istilah-istilah saka, susuk, santau, pelaris, puja, seru, badi mayat, orang bunian, penunggu, dan mambang yang mempunyai hubungan yang erat dengan jin dan syaitan.

Mempercayai kewujudan jin merupakan salah satu aspek kepercayaan kepada alam graib yang wajib diimani.  Al-quran turut merakam sejarah perhubungan manusia dengan jin semenjak dari penciptaan Adam a.s , perdebatan nabi Musa dengan ahli sihir firaun’ , nabi Sulaiman dengan Ratu Balkis malah nabi Muhammad SAW juga turut berdakwah kepada kaum jin.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Liputan meluas terhadap cerita mistik dan tahyul ini telah mengakibatkan sindrom takut dikalangan masyarakat terutama kanak-kanak.  Takut mereka kepada apa yang dinamakan hantu dan mahluk halus mengatasi takut mereka kepada Allah SWT.  Mereka sering didedahkan dengan gambaran hantu-hantu ditanah perkuburan, hantu-hantu yang gemar mencekek mangsa dan menghisap darah, hantu-hantu yang memengal kepalanya sendiri yang telah tercabut, keranda terbang, tongkat berdiri sendiri dan seumpamanya.  Ketakutan ini terbawa-bawa didalam tidur mereka sehingga melemahkan semangat, tubuh badan seterusnya minda mereka.

Bukan itu sahaja, bomoh dan dukun palsu yang tidak mengikut cara dan akidah islam pula turut menjadi tumpuan segelintir masyarakat islam untuk merawat segala penyakit samaada penyakit zahir ataupun misteri.  Anggapan sesetengah orang, rawatan dengan azimat dan tangkal dan seumpamanya lebih berkesan dan cepat sembuh berbanding rawatan secara islam.  Kadangkala bomoh dan dukun palsu ini mengelirukan masyarakat dengan menggunakan ayat-ayat al-quran disamping ramuan jampi dan serapah mereka.

Segelintir umat islam menganggap bomoh mampu mengetahui alam graib dan meramalkan sesuatu perkara.  Justeru tidak hairanlah bomoh dan dukun menjadi tempat tumpuan dan rujukan utama segelintir masyarakat islam dalam menyelesaikan masaalah jenayah seperti kecurian, pencolekkan, pembunuhan dan sebagainya.  Bukan itu sahaja bomoh juga turut dijemput dalam majlis perkahwinan dan kenduri-kendara sebagai benting pertahanan daripada harat dengki manusia melalui perantaraan jin dan syaitan.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Sejarah anutan masyarakat melayu sebelum kedatangan islam seperti kepercayaan animisma.  Hindu ataupun buhda turut mempergaruhi kepercayaan masyarakat islam berhubung perkara mistik.  Pegangan agama yang dihayati oleh orang melayu tidak berupaya menyingkirkan sebahagiaan amalan karut dan bertentangan dengan hukum islam.  Pengetahuan yang kurang mengenai islam khususnya maklumat berkaitan jin dan syaitan menjadikan segelintir masyarakat islam terjebak kedalam lembah kesyirikan tanpa disedari.  Begitu juga akidah umat islam yang nipis dan longgar menjerumuskan mereka kelembah kesesatan.  Percayalah bahawa kepercayaan kepada kuasa lain selain Allah SWT yang boleh menyembuh dan merawat penyakit akan merosakkan akidah seseorang islam.  Kepercayaan bahawa seseorang itu mempu mengetahui perkara graib juga merupakan kepercayan yang sesat, berdosa dan bertentangan dengan akidah islam.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Kita seharusnya meletakkan kedudukan kita sebagai khalifah dimuka bumi lebih mulia dari jin dan syaitan.  Ketakutan kita kepada mahluk jin, syaitan dan pergantungan kita kepada mereka sebenarnya merendahkan martabat kita disisi Allah SWT.

Sebagai orang islam kita juga harus menyedari bahawa perkara-perkara mistik dan tahyul yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah mainan syaitan dan sihir yang diajar oleh syaitan kepada manusia.  Ingatlah firman Allah SWT dalam surah al-bakarah ayat 102 :

Yang bermaksud :

” Dan mereka mengikuti ajaran-ajaran syirik yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan nabi Sulaiman, pada hal nabi Sulaiman tidaklah kafir ( tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu ), akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir ( dengan amalan sihir itu ), dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir “.

Sebagai orang islam kita juga hendaklah mempercayai bahawa hanya Allah SWT yang mengetahui alam graib.  Kepercayaan bahawa bomoh atau orang-orang tertentu boleh mengetahui alam graib dan mengetahui perkara yang akan datang merupakan perkara yang sesat dan harus dijauhi.  Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang terdapat dalam sahih muslim :

Yang bermaksud :

“ Sesiapa yang mendatangi tukang tilik kemudian bertanya kepadanya sesuatu tidak akan diterima solatnya selama 40 malam “.

Rasulullah SAW pernah ditanya oleh sahabatnya mengenai perkhabaran yang disampaikan oleh bomoh yang ada kalanya benar.  Hadis daripada Aisyah r.a yang diriwayatkan oleh Bukhri dan Muslim yang bermaksud :

” Aisyah berkata : Sahabat bertanya kepada Rasulullah mengenai al-khuhan. Rasulullah SAW menjawab : ” Mereka tidak bernilai didisisiku.  Sahabat bertanya lagi : “wahai Rasulullah , mereka mengkhabarkan perkara ynag kadang kala benar.  Rasulullah SAW menjawab : berita yang benar tersebut dicuri oleh jin lalu menyembunyikannya ditelinga tuannya seperti bunyi ayam dan mencampur-adukkan dengan lebih dari seratus penipuan.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Pihak-pihak penerbit dan penyiaran yang terlibat dalam media masa, hendaklah memikirkan kemaslahatan umat dan tidak terlalu memikirkan keuntungan semata-mata.  Niat yang baik tetapi natijahnya melahirkan masyarakat yang penakut juga merupakan amalan yang merugikan dan sia-sia.  Walaupun filem yang ditayangkan mengandungi pengajaran dan tauladan, namun jika kesan buruknya lebih banyak daripada kebaikan, maka ia wajar dihentikan.  Masyarakat kita tidak sewajarnya dilekakan dengan isu hantu dan jin sehingga terlupa isu yang lebih besar membabitkan agama, bangsa dan negara.

Yang bermaksud :

” Dan bahawa sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa orang daripada manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki daripada kalangan jin, kerana jin-jin itu menambahkan mereka dosa dan kesalahan “.

( al-jin : 6 )

Khutbah dua

Sidang jumaat yang berbahagia,

Hindarilah diri kita daripada terlibat dengan amalan-amalan kepercayaan kepada unsur tahyul dan mistik boleh merosakkan akidah umat islam dan membawa kepada syirik.  Ini kerana kepercayaan kepada unsur tahyul dan mistik boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap aspek sosial, ekomoni, emosi, sikologi dan membantutkan pacuan kemajuan dan kecemerlangan umat.

Begitu juga dengan cerita-cerita seram jika tidak dikawal boleh melemahkan semangat, tubuh badan dan minda kanak-kanak.  Olah itu umat islam seharusnya berhati-hati dalam menerima rawatan secara tradisional dengan memastikan bahawa rawatan tersebut tidak bertentangan dengan akidah syarak.

Yang bermaksud :

Ya Allah SWT, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor sebagai negara yang maju, sejahtera dan berkebajikan.  Justeru kami dengan pohon kehadratmu ya Allah SWT , tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi perkerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redai, lindungilah kami daripad ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan bertambah makmur dan berkat.

Bacaan : 09 September 2009

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Info Muslimin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

11 Responses to Kepercayaan Mistik dan Tahyul Masyarakat Islam

  1. bukan tahyul camtu jer yg kuat dalam jiwa orang melayu… tahyul moden n obses berlebihan kat satu mende pun merosakkan jiwa orang kita…

    bende2 yg ajaib dan konspirasi jer terus berduyun2 orang nak amik tau….

    contoh : freemason dan permata hijrah…..taksub…..
    .-= marhaen kacak´s last blog ..Misteri Keyword Freemason Tolong Aku!!!!! =-.

  2. avatar x-po says:

    haha aku duk tergelak2 je bila baca karangan budak tu
    .-= x-po´s last blog ..PATUTKAH ADA MAAF UNTUK KALI KEDUA? =-.

  3. avatar zahida says:

    baca karangan budak tu lawak giler. cikgu die siap perli lagi. haha. budak2 pengaruh tivi
    .-= zahida´s last blog ..Tutorial : Bagaimana Mengetahui Siapa yang Removed Anda dari Friendlist di Facebook? =-.

  4. avatar etomyam says:

    bagus isi khutbah ni :D
    .-= etomyam´s last blog ..Wanita Berbaju Merah Lebih Seksi Namun Kurang Cerdik =-.

  5. avatar zik says:

    suatu yang tidak sihat… cerita2 mistik di negara kita…. kan bagus cerita2 yang berbentuk kerohanian dipertengahkan…
    .-= zik´s last blog ..Kenapa manusia berperang?? =-.

  6. avatar Mr.Z says:

    sekarang ni dah banyak sangat cerita hantu, mistik, tahyul semua. Macam goreng pisang panas lak, berlumba2 nak buat cerita hantu.. lama2 orang pun mula percaya cerita tu, mana tau kan..wallahualam.
    .-= Mr.Z´s last blog ..Makan Otak Monyet? Menjijikkan! =-.

  7. avatar Syafrizal says:

    Macam cerita tahyul ada sekarang. Langsung tak dipantau malah menjadi-jadi. Sepatutnya tak elok buat cerita2 camtu. Nanti org mencari benda2 tu. Percayalah manusia skrg sanggup syirik pada Allah kerana inilah tanda-tanda nak kiamat. Jangan disorong bantal pada orang mengantuk.

  8. avatar zaiMi says:

    dulu cerita kat tv dan filem tak boleh ada unsur tahyul. tapi lepas filem pontianak harum sundal malam berlambak cerita tahyul tempatan dan luar negara yang masuk malaysia sampai la skang.
    .-= zaiMi´s last blog ..Tiada Lagi Facebook Connect =-.

  9. avatar yoy says:

    penunggu gunung raya..seram..huhu

  10. avatar imran says:

    Ni semua gara-gara cerita hantu yang banyak disiarkan di TV. huhu
    .-= imran´s last blog ..Kaedah Asas Menghafaz Al-Quran (Siri 2) =-.

  11. avatar Mus says:

    bersamalah kita menghidarkan diri dari perbuatan yang boleh memesongkan akidah kita..
    .-= Mus´s last blog ..Hari Ini Aku Ber’Blogspot’! =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge